KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan yang merupakan bekas pegawai khas mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali ditemukan meninggal dunia akibat sakit jantung di dalam sebuah kereta berhampiran lampu isyarat Persiaran As Salam, Bukit Sentosa, Rawang, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata pihaknya menerima laporan polis daripada orang awam berkenaan lelaki berusia 52 tahun itu yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan dipandunya pada 5.14 pagi.
Bagaimanapun Suffian tidak mendedahkan nama mangsa berkenaan.
"Hasil siasatan polis mendapati mangsa bekerja sebagai pemandu lori dan merupakan bekas pegawai khas mantan ADUN Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim yang dipercayai mahu pulang ke rumahnya di Perumahan Anggerik Bukit Sentosa.
"Semasa kejadian, mangsa sedang memandu kenderaan jenis Proton Exora dan dipercayai telah mendapat serangan sakit jantung sehingga kenderaan yang dipandunya terbabas di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pegawai perubatan telah hadir ke lokasi kejadian dan mengesahkan kematian mangsa.
"Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian si mati adalah disebabkan serangan jantung," katanya.
Suffian berkata siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut serta menasihati masyarakat supaya berhati-hati dan memandu hanya ketika dalam keadaan sihat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023

Suffian tidak mendedahkan nama mangsa berkenaan. - Foto fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bekas pegawai khas ADUN Batang Kali meninggal dunia akibat sakit jantung
Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan serangan jantung.