KUCHING: Bekas Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tan Sri Bujang Mohd Nor meninggal dunia pada Selasa, malam.
Allahyarham yang genap 88 tahun pada 8 Ogos lalu, menghembuskan nafas terakhir selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Pusat Rawatan Pakar Normah sejak Jumaat lalu.
Bujang yang merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dari tahun 1984 hingga 1992, memangku jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Januari 2016, apabila Tun Abdul Taib Mahmud bercuti ke luar negara.
Selain itu, beliau pernah dilantik ke.jawatan yang sama sebanyak tiga kali lagi.
Bujang memecah tangis di Kampung Sungai Lajim, Kuching dan mendapat pendidikan awal di Sekolah St Joseph sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada 1949, dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera Kepujian.
Beliau berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Lawas pada 1962 dan dilantik sebagai Majistret Kelas Pertama di Lawas.
Pada tahun 1965, beliau menyandang Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Sumber Asli dan dilantik memangku jawatan Setiausaha Tetap kementerian itu sebanyak tiga kali, bagi menggantikan seorang Pegawai Ekspatriat British ketika itu.
Pada awal tahun 1965, Bujang berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Sarikei dan Binatang (sekarang Bintangor) dan dihantar berkursus di The Hague, Belanda di bawah anjuran Colombo Plan Fellowship Award dalam bidang Pembangunan Nasional.
Sekembalinya beliau dari Belanda pada 1967, Bujang dilantik Timbalan Setiausaha Kewangan Negeri sebelum menjawat Setiausaha Kewangan Negeri pada tahun 1971 hingga 1984.
Sepanjang perkhidmatannya, peminat sukan tenis ini dikurniakan pelbagai darjah kebesaran, antaranya Darjah Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA), Panglima Setia Mahkota (PSM), Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS), Johan Setia Mahkota (JSM), Johan Bintang Sarawak (JBS), Ahli Mangku Negara (AMN), Pingat Bakti Jubli Perak, Pingat Peringatan Delima (Emas) dan mutakhir, Pingat Pemacu Peringatan Terbilang Jubli Intan pada Hari Sarawak yang lalu.
Pada 2009, Bujang juga telah dianugerahkan sebagai Tokoh 1Malaysia sempena sambutan perayaan Hari Malaysia pada tahun tersebut bagi menghargai sumbangan dan jasa bakti beliau kepada negara.
Selain itu, beliau juga diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah Sarawak pada tahun 2018.
Beliau dilantik memegang jawatan pengerusi dan ahli lembaga pengarah pelbagai syarikat dan organisasi termasuk sebagai Presiden Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak (PTBS) dan Pengerusi Eksekutif Harwood Timber Sdn Bhd.
Bujang juga pernah dilantik Ahli Lembaga Pengarah, dan Pengerusi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dari tahun 1993 hingga 2010, dan Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Nasional Berhad (PNB) (1998- 2016) .
Pada tahun 2006 hingga 2015, beliau dilantik Ahli Lembaga Pengarah International Centre for Education in Islamic Finance.
Bujang yang mendirikan rumah tangga dengan Allahyarhamah Dato Sri Dayang Lela Abang Zawawi meninggalkan enam cahaya mata, dua lelaki dan empat perempuan.
Rudi Affendi Khalik
Tue Oct 10 2023
Bekas Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tan Sri Bujang Mohd Nor meninggal dunia pada Selasa, malam.
Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka seorang lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan 10 bulan cedera dalam kemalangan di Gua Musang.
#AWANIRingkas 1 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 1 Februari 2025
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
Kota Marudu daerah paling teruk terjejas
Banjir yang melanda sabah pada ketika ini menyaksikan 9 daerah terjejas, dengan 39 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menampung hampir 5,000 penduduk.
Siasatan dalaman isu salah laku siap minggu depan - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata siasatan dalaman berhubung kes berkenaan sedang dijalankan dan beliau dijangka mendapat laporan penuh mengenainya pada minggu hadapan.
Masyarakat diseru berganding bahu pastikan kemajuan negara berterusan - Fahmi Fadzil
Fahmi menyeru masyarakat khususnya warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk terus berganding bahu memastikan kemajuan yang diraih negara ketika ini dapat diteruskan.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Sidang Parlimen ke-15 bermula Isnin ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.
Titah Diraja tumpuan Sidang Parlimen bermula Isnin
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 akan bermula Isnin ini, dengan Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan menjadi tumpuan utama.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Bekas Pemangku TYT Sarawak meninggal dunia
Bekas Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tan Sri Bujang Mohd Nor meninggal dunia pada Selasa, malam.