KUALA LUMPUR : Bekas penembak negara yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Los Angeles 1984, Datuk Sabiamad Abdul Ahad meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 11 malam tadi di Hospital Serdang.
Menurut anaknya, Baizura Sabi, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Ramal.
"Jenazah akan diuruskan di Surau Al Mujahidin Surada dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Ramal.
"Jika ada urusan yang masih belum selesai atau hutang, boleh berhubung dengan kami segera," katanya dalam satu status di akaun Facebook.
Allahyarham Sabiamad, 65, dilaporkan pernah menjalani pembedahan akibat komplikasi jantung.
Allahyarham aktif membantu sukan menembak sebagai jurulatih dan pengurus pasukan selain pernah menjadi Ahli Lembaga Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).
Sabiamad pernah diberi penghormatan membawa Jalur Gemilang di Olimpik '84 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS).
Astro Awani
Sun Apr 11 2021
Datuk Sabiamad Abdul Ahad meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 11 malam tadi di Hospital Serdang. -Gambar fail
Anak kedua pemain JDT, Nazmi Faiz meninggal dunia
Nazmi Faiz dalam InstaStory akaun Instagram miliknya memaklumkan anak perempuan keduanya, Maira Maliyqa meninggal dunia jam 10.55 pagi tadi.
Polis bongkar makmal memproses dadah, rampas senjata api, dadah bernilai RM120 juta
Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal pemprosesan dadah yang dipercayai didalangi sindiket antarabangsa, menerusi tiga serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: Ronaldo kekal pemain paling mahal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sepasang suami isteri ditahan terlibat sindiket rokok seludup di Tanah Merah
Sepasang suami isteri warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan rokok bernilai RM648,738, termasuk cukai.
Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.
UFC 311: Islam Makhachev kekal kejuaraan, tundukkan Moicano dalam satu pusingan
Islam Makhachev berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan Renato Moicano dari Brazil pada aksi UFC 311, pada Ahad.
Sudah lima hari Siew Hat hilang, lokasi pencarian diperluas
Operasi mencari dan menyelamat lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya pada Rabu lalu, diteruskan pada hari kelima.
“Itu antara saingan yang positif” - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri berkata kecergasan dan disiplin adalah keutamaan bagi pasukan penguatkuasa undang-undang terbesar.
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
300,095 laporan polis dibuat oleh orang awam sebulan
Menteri Dalam Negeri berkata polis menerima 300,095 laporan polis sebulan oleh orang awam dan menyatakan orang awam mempunyai hak untuk membuat laporan sekiranya hak individu dilanggar.
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
"Biar SUHAKAM juga faham dalam konteks tugasan polis" - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri mencadangkan SUHAKAM mencari masalah dari sudut hak asasi dan berbincang untuk membantu mendidik masyarakat berkenaaan undang-undang pemeriksaan telefon bimbit.
#AWANInews
#AWANInews
Bekas penembak negara Sabiamad Abdul Ahad meninggal dunia
Jenazah Allahyarham Sabiamad dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, Kajang.