IPOH: Seorang bekas pengetua maahad tahfiz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 15 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima pelajar lelakinya, tahun lepas.
Azizul Yahya, 30, yang memakai jubah hijau dan berkopiah putih, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.
Mengikut kertas pertuduhan, Azizul menghadapi 14 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima pelajar berusia antara 13 hingga 15 tahun manakala satu pertuduhan menunjukkan video lucah kepada mangsa sama.
Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah maahad di Batu Gajah, di sini antara Februari sehingga Oktober 2021 mengikut Seksyen 14(a), 14(b), 14(d) dan 15 (e) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Afiqa Liyana Rozman tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana dikhuatiri akan mengganggu saksi-saksi kes itu.
Peguam Muhamad Shahrul Nizam Mohd Radi yang mewakili Azizul memohon supaya mahkamah membenarkan jaminan terhadap anak guamnya.
"Anak guam saya telah memberikan kerjasama baik dari awal hingga akhir siasatan polis. Sejak Oktober lepas hingga hari ini, anak guam saya tidak lagi bertugas di maahad tersebut.
Malah sepanjang siasatan, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung wujudnya kacau ganggu terhadap saksi," katanya.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 23 Feb untuk sebutan semula kes.
Ketika ditemui media di luar mahkamah, Muhamad Shahrul Nizam berkata pihaknya akan menfailkan semakan terhadap keputusan yang tidak membenarkan jaminan terhadap anak guamnya yang belum berkahwin itu ke Mahkamah Tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022

Azizul menghadapi 14 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima pelajar berusia antara 13 hingga 15 tahun manakala satu pertuduhan menunjukkan video lucah kepada mangsa sama. - Astro AWANI
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Bekas pengetua, kakitangan sekolah ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas pengetua dan seorang kakitangan sebuah sekolah di negeri ini, pagi tadi, bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa.

Bekas pengetua didakwa lakukan amang seksual, rogol pelajar
Seorang bekas pengetua mengaku tidak bersalah atas 13 pertuduhan berkomunikasi secara seksual, melakukan amang seksual fizikal dan merogol pelajarnya.

Bekas pengetua maahad hadapi 15 kes amang seksual terhadap pelajar
Azizul menghadapi 14 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima pelajar berusia antara 13 hingga 15 tahun.

Bekas mudir maahad tahfiz didakwa 15 pertuduhan amang seksual
Azizul mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Bekas pengetua sekolah didakwa cabul tiga kakitangan
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 33 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.