HULU TERENGGANU: Bekas pengetua sebuah sekolah menengah di sini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang pada Isnin atas pertuduhan mencabul tiga kakitangannya.
Bagaimanapun, tertuduh Aminuddin Jusoh @ Yusof, 53, mengaku tidak bersalah selepas lima pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 33 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.
Perbuatan itu dilakukan di dalam stor sebuah sekolah menengah di Hulu Terengganu, pukul 2 petang pada Januari lalu.
Tertuduh turut mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa berhampiran tangga dan di dalam bilik guru di sekolah sama pada 9 pagi dan 3.30 petang, 20 Januari lalu.
Tertuduh turut didakwa melakukan kesalahan sama terhadap dua lagi mangsa yang berumur 35 dan 44 tahun di sekolah sama pada Januari dan Februari lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dan menetapkan 26 September depan sebagai tarikh sebutan semula.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu dilarang menganggu mangsa dan saksi sepanjang prosiding berlangsung.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah manakala tertuduh diwakili peguam, Noor Svetlana Datuk Mohd Noor Nordin.
Media sebelum ini melaporkan seorang pengetua sebuah sekolah menengah di Hulu Terengganu ditahan bagi membantu siasatan kes cabul dan gangguan seksual yang dipercayai berlaku dalam tempoh dua bulan bermula Januari lalu.
Suspek ditahan di rumahnya di Kuala Nerus susulan laporan berkenaan.
Astro Awani
Mon Jul 26 2021

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 33 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Bekas pengetua, kakitangan sekolah ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas pengetua dan seorang kakitangan sebuah sekolah di negeri ini, pagi tadi, bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa.

Bekas pengetua didakwa lakukan amang seksual, rogol pelajar
Seorang bekas pengetua mengaku tidak bersalah atas 13 pertuduhan berkomunikasi secara seksual, melakukan amang seksual fizikal dan merogol pelajarnya.

Bekas pengetua maahad hadapi 15 kes amang seksual terhadap pelajar
Azizul menghadapi 14 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima pelajar berusia antara 13 hingga 15 tahun.

Bekas mudir maahad tahfiz didakwa 15 pertuduhan amang seksual
Azizul mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Bekas pengetua sekolah didakwa cabul tiga kakitangan
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 33 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.