Hakim Mohd Azhar Othman turut memerintahkan Halimah Musa Brahim, 47, dipenjara keseluruhan enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Berdasarkan kedua-dua pertuduhan pilihan, wanita itu didapati telah mengambil bahagian dalam perniagaan, iaitu melibatkan diri dalam Syarikat NDZ Creative Resources dan telah menyokong pengesahan bagi kerja pembersihan pejabat SME Corp Negeri Terengganu oleh Syarikat NDZ Creative Resources, masing-masing berjumlah RM3,300 dan RM4,400.
Dia didapati melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 168 Kanun Keseksaan pada 1 Okt hingga 1 Dis 2015 dan pada 12 Jan hingga 1 Nov 2016, di Pejabat SME Corp Malaysia Negeri Terengganu di sini.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM8,000 bagi setiap pertuduhan atau masing-masing tiga bulan penjara sekiranya dia gagal membayar denda, dan Halimah kemudiannya membayar denda tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mariah Omar manakala Halimah diwakili peguam Mohd Fadhly Yaacob.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)