KUALA LUMPUR: Bekas perenang kebangsaan Lim Heng Chek, 85, meninggal dunia Sabtu, menurut Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam satu kenyataan pada Ahad.
MOM berkata pemergian Lim adalah satu kehilangan amat berharga kepada arena renang di Malaysia, dan ia turut menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga mendiang.
"Mendiang merupakan atlet hebat yang pernah mengambil bahagian dalam semua empat kejohanan sukan di bawah bidang kuasa Persekutuan Majlis Olimpik Malaya (FMOC), yakni Sukan Olimpik, Sukan Empayar British dan Komanwel, Sukan Asia, dan Sukan SEAP (kini dikenali sebagai Sukan SEA)," menurut kenyataan itu, yang dipaparkan di laman Facebook MOM.
Lim merupakan salah seorang anggota kontinjen Persekutuan Malaya yang berjaya membuat penampilan sulung negara dalam acara renang di Sukan Olimpik ke-16 Melbourne 1956, apabila mendiang mengambil bahagian dalam acara 100meter lelaki kuak lentang, dan merekodkan catatan masa 1:12.4s.
Selain itu mendiang juga pernah mengambil bahagian dalam Sukan SEAP yang pertama Bangkok 1959, dan meraih dua pingat emas dalam acara 100m kuak lentang dan 100 kuak kupu-kupu, di samping meraih pingat perak dalam acara 100m kuak lentang di Sukan SEAP Yangon 1961.
Beliau juga merupakan jurulatih renang yang bertauliah bagi negeri Selangor dan jurulatih renang kebangsaan selama 15 tahun sejak tahun 1964.
"Beliau disenaraikan dalam MOM Hall of Fame pada tahun 2013 bagi segala sumbangannya dalam pembangunan sukan renang, daripada menjadi perenang kebangsaan, jurulatih kebangsaan, pegawai pasukan, pegawai teknikal, Setiausaha Kehormat dan Naib Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM)," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 17 2021
Bekas perenang kebangsaan Lim Heng Chek, 85, meninggal dunia Sabtu. -Facebook MOM
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
SUKMA 2024: Andrew perbaharui rekod kebangsaan 50m kuak dada lelaki
Atlet itu mencatat 28.03 saat dalam saringan ketiga acara 50 meter kuak dada lelaki mengatasi 28.10s yang dilakukannya pada Terbuka Malaysia 2023.
SUKMA 2024: Bryan pecah rekod temasya dua kali untuk raih emas 50m kuak kupu-kupu
Perenang kebangsaan Bryan Leong Xin Ren mencipta rekod baharu acara 50 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 sebanyak dua kali hari ini.
Olimpik Paris 2024: Perenang kecam pengangkutan ke kolam renang 'kelam-kabut'
Kesukaran pengangkutan di venue renang Sukan Olimpik di Paris telah mendapat kritikan meluas pada hari pertama pertandingan.
Sertai Sukan Olimpik Paris 'sudah pun menang' - Perenang Palestin
Pemuda Palestin berusia 24 tahun itu akan bertanding dalam acara 100 meter kuak lentang lelaki di Sukan Olimpik Paris.
APG 2023: Zy raih emas namun belum puas
Perenang muda Lee Kher Zy belum berpuas hati dengan prestasi semasanya walaupun berjaya memenangi pingat emas menerusi acara 200 meter rampaian individu lelaki.
Sukan SEA: Hoe Yean terlepas peluang rangkul emas kedua
Hoe Yean perlu berpuas hati dengan pingat perak selepas mencatat masa tiga minit 50.39 saat di belakang perenang Vietnam, Nguyen Huy Hoang.
Bryan sahkan slot ke Kejohanan Renang Dunia 2023 Fukuoka
Bryan melepasi syarat kelayakan kategori B yang ditetapkan FINA pada Kejohanan Renang British 2023 dalam acara 100m kuak kupu-kupu lelaki.
Hoe Yean pecah rekod kebangsaan 200m rampaian individu
Rekod itu dipecahkan di Kejohanan Renang Terbuka Malaysia Ke-65 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini.
Jinq En masih belum puas hati biarpun raih emas ketiga
Jinq En mencatat masa 32.77s untuk mengetepikan cabaran Tan Rouxin di tempat kedua dengan catatan masa 33:66s.
Tokyo 2020: Seluar renang terkoyak buat perenang Hungary hilang fokus
Perenang berusia 21 tahun itu berharap untuk memecahkan rekod 200 meter kuak kupu-kupu dalam aksi final semalam.