SHAH ALAM: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Tan Sri Onn Ismail, 84, disahkan meninggal dunia di kediaman anaknya di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang pada 7.15 malam ini.
Perkara itu dimaklumkan anaknya Datin Paduka Datuk Nor Hayati ketika dihubungi Bernama sebentar tadi.
"Perkhabaran ayah (Onn Ismail) meninggal dunia itu benar. Ayah meninggal dunia sangat tenang. Beliau tidak mengidap sebarang penyakit kronik cuma sakit orang tua sahaja. Ada keluar masuk hospital tapi ayah pergi dengan tenang," katanya ketika dihubungi.
Onn berkhidmat sebagai Speaker DUN Selangor selama tiga penggal dari 1995 hingga 2008, Pengerusi Tetap UMNO Malaysia dari 2004 hingga 2007, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa selama tiga penggal dari 1974 hingga 1982 dan sebagai ADUN Selat Klang selama tiga penggal dari 1986 hingga 1995.
Jenazah beliau dijangka disolatkan di Masjid Kampung Raja Uda dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Raja Uda selepas solat Zohor esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Tan Sri Onn Ismail, 84, disahkan meninggal dunia di kediaman anaknya di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang pada 7.15 malam ini. - Foto Sinar Harian
Tahun Ular Kayu 2025 bawa 'qi' positif
2025 disifatkan sebagai 'tahun pengumpulan' yang dilihat mampu menjadi titik tolak dalam meraih banyak unsur positif seperti kemewahan dan kemeriahan.
KPKT peruntuk RM16 juta untuk pembinaan baharu Pasar Pasir Pinji
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan RM16 juta bagi pembinaan semula Pasar Pasir Pinji, Ipoh.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pembinaan pasar baharu itu bermula pada 20 November tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2026.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pembinaan pasar baharu itu bermula pada 20 November tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2026.
PM minta himpunan pesawah tidak ganggu lawatan Prabowo
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta himpunan pesawah dari seluruh negara yang dilaporkan akan berlangsung di Putrajaya hari ini, supaya tidak mengganggu perjalanan lawatan negara Presiden Indonesia Prabowo Subianto ke Malaysia.
Presiden Indonesia Prabowo tiba untuk lawatan negara
Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di ibu negara hari ini bagi memulakan lawatan negara atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pesawat yang membawa beliau mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada pukul 5.50 pagi.
Pesawat yang membawa beliau mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada pukul 5.50 pagi.
Jordan, Mesir tolak penempatan semula rakyat Palestin susulan seruan Trump
Safadi berkata penolakan Jordan terhadap penempatan semula adalah pendirian yang tegas dan penting untuk mencapai kestabilan dan keamanan.
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb- KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancarannya.
COO syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah terima suapan RM70,000
Tertuduh, Rostam Shahrif Tami, 59, yang merupakan COO bagi Kumpulan Prolintas mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara.
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan labuan hingga tengah hari ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empat negeri dan Labuan hingga 1 tengah hari ini.
Mardi lancar 'Green House Projek Inisiatif Keterjaminan Makanan 2025'
Ia merupakan sebahagian daripada Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan 2024 yang bertujuan memperkenalkan teknologi pertanian inovatif.
Bekas Speaker Selangor Tan Sri Onn Ismail meninggal dunia
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Tan Sri Onn Ismail, 84, disahkan meninggal dunia di kediaman anaknya di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang pada 7.15 malam ini.