Belanjawan 2019 yang pertama bagi kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH), mengetengahkan pelaksanaan langkah tegas dari segi percukaian, rancangan bagi konsolidasi fiskal seterusnya serta insentif wajar bagi membolehkan kemajuan perniagaan dalam usaha mengembalikan kekukuhan ekonomi Malaysia.
Merujuk aspek percukaian, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan beberapa cadangan termasuk memperkenalkan duti eksais bermula 1 April, 2019 pada kadar 40 sen seliter bagi dua kategori minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan sedia diminum.
Ini membabitkan minuman dengan nilai ambang kandungan gula iaitu air minuman mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis lain mengandungi gula melebihi 5 gram bagi setiap 100 milimeter dan jus buah-buahan dan sayur-sayuran dengan gula melebihi 12 gram bagi setiap 100 mililiter.
Selain itu, beliau turut mengumumkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), kenaikan cukai, fi dan levi ke atas sektor perjudian dan memperkenalkan cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan yang diimport dan perkhidmatan atas talian yang diimport.
"Langkah percukaian (ke atas perkhidmatan diimport) ini akan mengimbangkan persaingan antara peruncit kedai dan kedai atas talian, terutamanya kedai atas talian yang dimiliki oleh syarikat luar negara," kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2019 yang bertemakan, "Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera," di sini, hari ini.
Menjelaskan selanjutnya, Lim berkata bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap, kadar CKHT dinaikkan kepada 10 peratus daripada 5 peratus.
Bagi individu warganegara dan penduduk tetap, kadar CKHT dinaikkan kepada 5 peratus berbanding sifar peratus.
Selain itu, cukai, fi dan levi yang tidak dinaikkan sejak 2005 turut dipinda seperti duti kasino yang akan dinaikkan kepada RM150 juta daripada RM120 juta manakala duti kasino akan dinaikkan kepada 35 peratus ke atas pendapatan kasar.
Menurut Lim, kerajaan juga melancarkan Program Khas Pengakuan Sukarela untuk memberi peluang kepada pembayar cukai mengisytiharkan secara sukarela sebarang pendapatan yang tidak dilaporkan bagi tujuan cukai, termasuk akaun pesisir pantai.
Bernama
Fri Nov 02 2018

GUAN ENG: Bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap, kadar CKHT dinaikkan kepada 10 peratus daripada 5 peratus.

PGA Sarawak tumpas aktiviti pembalakan haram libat rampasan RM3.2 juta
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menumpaskan aktiviti pembalakan haram melibatkan rampasan bernilai lebih RM3.2 juta menerusi Op Taring Libas, semalam.

KPDN Selangor rungkai taktik baharu seleweng LPG subsidi di Puchong
KPDN Selangor bongkar taktik baharu penyelewengan LPG di Puchong, dengan rampasan tertinggi RM1.6 juta.
Pantau Agenda Reformasi: Cadangan membina sekolah konsep menegak
Cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membina sekolah dengan kapasiti sehingga 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya perlu penelitian aspek keselamatan dan kesesuaian.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, setakat ini sebuah sekolah paling tinggi adalah 10 tingkat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sentosa yang berada di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dilapor berkata, cadangan itu bagi memenuhi keperluan tanah terhad serta pertambahan penduduk di ibu negara.
Dr Shuhana Shamsudin, Presiden, Malaysian Urban Design Association (PEREKABANDAR)
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, setakat ini sebuah sekolah paling tinggi adalah 10 tingkat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sentosa yang berada di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dilapor berkata, cadangan itu bagi memenuhi keperluan tanah terhad serta pertambahan penduduk di ibu negara.
Dr Shuhana Shamsudin, Presiden, Malaysian Urban Design Association (PEREKABANDAR)
IYC2025: ANGKASA wakili Malaysia, komited jalin kerjasama
Abdul Fattah berkata beliau turut memberi penekanan kepada kepentingan membina rangkaian kerjasama koperasi serantau khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi yang semakin dinamik.
Kemajuan teknologi digital, AI perkukuh sektor agromakanan dan agrikomoditi
inovasi dalam bidang pertanian memberi impak besar kepada peningkatan hasil pertanian, keberkesanan pengurusan sumber dan kelestarian alam sekitar.

China sokong Malaysia sebagai pengerusi ASEAN - Jurucakap Kementerian Luar
China menyokong usaha Malaysia sebagai pengerusi bergilir ASEAN dan sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk meningkatkan kerjasama serantau.
Perdagangan: Malaysia catat pertumbuhan 3.1 peratus pada Januari
Eksport mengembang empat bulan berturut-turut, meningkat 0.3 peratus kepada RM122.79 bilion, manakala import naik 6.2 peratus kepada RM119.16 bilion.
Moratorium bagi sektor besi dan keluli dilanjutkan
MITI berkata pelanjutan ini merangkumi sektor huluan produk keluli panjang dan semakan kepada tempoh moratorum akan dibuat apabila pemain domestik sedia ada mencapai penggunaan kapasiti hampir 80 peratus.
Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia
Ini berikutan, daripada seluruh jumlah dagangan Malaysia dengan AS, 60 peratus adalah eksport elektrik dan elektronik Malaysia.
MAHB akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025
Dagangan saham MAHB telah digantung hari ini sebagai persediaan untuk penyahsenaraian berikutan selesainya tawaran konsortium Gateway Development Alliance (GDA) untuk menstruktur semula kepentingan dalam MAHB.

Majikan dapat pelepasan cukai bantu bayar PTPTN pekerja
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata jumlah itu memanfaatkan 30 peminjam PTPTN malah majikan berkenaan telah diberikan insentif iaitu pelepasan cukai oleh kerajaan.

Tiada lanjutan program PKPS - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata ini kerana tiada tempoh lanjutan akan dibuat selepas tempoh PKPS yang akan berakhir esok.

Cukai minuman bergula wajar demi kesihatan
Sesuatu yang manis tidak akan jadi nikmat selama-selamanya dan itulah yang berlaku kepada Hadi apabila selera negatifnya itu akhirnya membawa padah setelah disahkan menghidap penyakit diabetes.

Abang Johari sangkal Sarawak muflis dalam tempoh tiga tahun lagi
Dakwaan tersebut telah dibuat tanpa mengambil kira pendapatan Sarawak daripada pelbagai sumber seperti minyak dan gas di samping kerajaan negeri mengamalkan tadbir urus kewangannya dengan cemerlang.

Teknologi elemen penting dalam perkembangan ekonomi - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pelbagai usaha dilakukan kerajaan ketika ini termasuk menyediakan dana bantuan seperti terkandung dalan Belanjawan 2019.

RM16 juta bagi rawatan penyakit yang jarang berlaku - Dr Dzulkefly
Kerajaan memperuntukkan RM16 juta di bawah Belanjawan 2019 bagi rawatan pesakit yang menghidap penyakit yang jarang berlaku.

Tiada keperluan mendadak untuk semak semula Belanjawan - Dr Mahathir
Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri berkata ini juga berikutan faktor turun naik harga minyak berkenaan.

Maszlee mohon peruntukan tambahan untuk SK dan sekolah agama
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata perkara itu masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan.

Masyarakat India lebih diberikan perhatian di bawah kerajaan PH - Waytha Moorthy
Katanya, nasib masyarakat India di negara ini kini lebih diberikan perhatian di bawah pentadbiran kerajaan PH melalui pelbagai usaha menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.

Tiga bank sah dilantik pengatur utama bon Samurai
Pelantikan ini dibuat setelah Kementerian Kewangan menyenarai pendek enam daripada 27 bank yang dicadangkan sehingga 2 November, 2018, kata Lim Guan Eng.