KUALA LUMPUR:Kerajaan dicadang melanjutkan tempoh moratorium dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini bagi meringankan beban individu dan perniagaan yang terjejas, sehingga tidak mampu membayar balik pinjaman mereka.
Pensyarah Kanan Putra Business School Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata bank-bank di negara ini, terutamanya bank-bank di bawah kerajaan seperti Agro Bank, masih berupaya memberikan moratorium itu.
"Agro Bank contohnya di bawah Kementerian Kewangan, apa salahnya diberikan moratorium kepada petani, pesawah, peladang kerana mereka ini akan menyumbang kembali kepada industri agro makanan negara," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk Belanjawan 2021: Apa Rakyat Mahu terbitan Bernama TV malam tadi.
Ahmed Razman berkata bank komersial juga dilihat mampu melaksanakan moratorium apabila lapan bank tempatan dilaporkan mencatatkan jumlah keuntungan sebelum cukai berjumlah RM35 bilion, untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2018 dan 2019.
Malah, katanya, laporan suku tahun kedua tahunan bank menunjukkan mereka masih lagi mencatat keuntungan walaupun terdapat bank yang mengumumkan tidak memberi dividen interim kepada pemegang saham.
BACA: Kerajaan digesa lanjutkan moratorium kepada PKS, pengguna
BACA: DAP desak PM lanjut moratorium, sedia kerjasama dengan semua parti - Guan Eng
BACA: Jadilah kerajaan berkualiti, lanjutkan moratorium tiga bulan lagi - Anwar Ibrahim
Selain itu, beliau berkata kerajaan perlu memberi fokus kepada menawarkan peluang kerja baharu melalui ekonomi digital bagi memastikan Malaysia mampu menjadi negara pengeluar dan pencipta berbanding negara pengguna.
"Kita tidak boleh buat benda yang sama setiap tahun tetapi mengharapkan keputusan berbeza jadi kerajaan kena berani mencuba benda baru seperti dalam ekonomi digital atau penggunaan teknologi oleh golongan muda.
Mereka ini mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif dan jika diberi peluang untuk menaik taraf kemahiran dan pengetahuan, mereka boleh menjana pendapatan melalui pekerjaan bukan tradisional, melangkaui sempadan negara asalkan ianya memberi nilai tambah ke atas industri sedia ada," katanya.
Bagi tujuan itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha mahu kerajaan memberi keutamaan kepada peningkatan kemudahan digital termasuk jalur lebar terutama di kawasan luar bandar bagi memastikan belia mudah menjalankan keusahawanan melalui platform itu.
Perkhidmatan yang boleh ditawarkan melalui media sosial boleh membantu siswazah yang berdepan pengangguran mencari pendapatan untuk meneruskan kehidupan selepas tamat belajar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 02 2020

Belanjawan 2021 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat Jumaat ini.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek dilanjut reman tujuh hari lagi
Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dilanjutkan reman selama tujuh hari lagi bermula Selasa.

Jeda kemanusiaan di Gaza dilanjutkan sehari lagi
Jeda kemanusiaan sementara di Semenanjung Gaza dilanjutkan sehari lagi pada Khamis.

Sijil vaksin palsu: Perintah tahanan reman doktor dilanjut
Mahkamah membenarkan lanjutan reman ke atas suspek sehingga Khamis ini.

Isu doktor kontrak: Hartal 26 Julai diteruskan untuk desak tuntutan dipenuhi - Penganjur
Buat masa ini, mereka akan melihat reaksi kerajaan terlebih dahulu sebelum merancang untuk tindakan selanjutnya.

COVID-19: Turki umum lanjutkan selang antara dua dos vaksin
Menteri Kesihatan Fahrettin Koca memberitahu, keputusan diambil selepas perbincangan dengan Ketua Eksekutif BioNTech, Ugur Sahin.

PKPB di Sarawak dilanjutkan sehingga 15 Mac
Ismail Sabri menjelaskan perkara itu diputuskan selepas penilaian risiko KKM mendapati masih berlaku peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.

PKPP dilanjutkan sehingga 31 Mac 2021
PKPP yang sepatutnya tamat pada 31 Disember 2020 dilanjutkan lagi, bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021.

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan
PKPB di negeri dan wilayah yang merekodkan kes tinggi COVID-19, iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan.

PKPD Penjara Seremban dilanjut, PKPD Kg Sabah Baru ditamatkan - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban, Negeri Sembilan selama 14 hari lagi.

PKPB di Kuching dilanjut, PKPD di dua lokaliti diteruskan
Kerajaan mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Sabah dan Negeri Sembilan.