Ringkasan AI
- Kerajaan menaikkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara daripada RM30 kepada RM100 sebagai penghargaan kepada petugas kesihatan.
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan rasa dukacita atas tragedi nahas helikopter FDS di Long Lellang, Sarawak yang melibatkan kehilangan nyawa petugas.
- Peruntukan perkhidmatan penyumberan luar pesakit ke hospital lain ditingkatkan kepada RM200 juta bagi mengurangkan tempoh menunggu rawatan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menaikkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara (FDS) daripada RM30 kepada RM100 sebagai pengiktirafan terhadap petugas kesihatan yang berkhidmat melalui perkhidmatan berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga berdukacita dengan tragedi nahas helikopter FDS di Long Lellang, Sarawak yang mengorbankan nyawa petugas barisan hadapan.
"Kerajaan bersetuju menaikkan bayaran insentif perkhidmatan kesihatan udara daripada RM30 kepada RM100,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut meningkatkan peruntukan bagi perkhidmatan penyumberan luar pesakit ke hospital lain kepada RM200 juta bagi mengurangkan tempoh menunggu untuk mendapatkan rawatan.
Beliau berkata langkah itu bertujuan mempercepat akses pesakit kepada perkhidmatan kesihatan serta membantu mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan awam.