Skip to main content

Malaysia

Belanjawan 2027: Manfaat penjawat awam, kadar pencen terendah naik kepada RM1,350

Anwar berkata kerajaan turut menaikkan peruntukan bagi pembinaan dan penyelenggaraan kuarters, termasuk untuk polis, doktor, tentera, guru dan anggota bomba, kepada RM2.3 bilion. - Foto JaPen
Anwar berkata kerajaan turut menaikkan peruntukan bagi pembinaan dan penyelenggaraan kuarters, termasuk untuk polis, doktor, tentera, guru dan anggota bomba, kepada RM2.3 bilion. - Foto JaPen

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kadar pencen terendah dinaikkan kepada RM1,350 sebulan, memanfaatkan hampir 59,000 pesara, veteran ATM dan penerima pencen terbitan.
  • Kerajaan meningkatkan peruntukan pembinaan dan penyelenggaraan kuarters penjawat awam kepada RM2.3 bilion serta elaun sukarelawan kepada RM9 hingga RM10.80 sejam.
  • Bayaran Ex-Gratia Waris Pukal maksimum dinaikkan kepada RM50,000, cuti bersalin dilanjutkan kepada 490 hari, dan RM20 juta diperuntuk untuk pusat penjagaan anak.

KUALA LUMPUR: Kadar pencen terendah dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan, yang bakal memanfaatkan hampir 59,000 pesara, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penerima pencen terbitan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia antara tujuh tekad kerajaan menerusi Belanjawan 2027 bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam yang telah berkhidmat kepada negara.

“Penghargaan setulusnya kepada 1.6 juta penjawat awam, atas jasa bakti dalam melunas amanah Berkhidmat Untuk Negara.

"Mereka penggerak tekad MADANI untuk mengangkat martabat, darjat dan harakat negara ini ke mercu jaya,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam usaha meningkatkan kebajikan penjawat awam, Anwar berkata kerajaan turut menaikkan peruntukan bagi pembinaan dan penyelenggaraan kuarters, termasuk untuk polis, doktor, tentera, guru dan anggota bomba, kepada RM2.3 bilion.

Beliau berkata kerajaan juga bersetuju menaikkan elaun anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Bomba Bantuan, Sukarelawan Polis dan Sukarelawan Pertahanan Awam kepada RM9 sejam bagi petugas sukarelawan dan RM10.80 sejam bagi penyelia.

Ujarnya, ia melibatkan peruntukan RM339 juta yang memanfaatkan hampir 50,000 sukarelawan.

Selain itu, bayaran faedah Ex-Gratia Waris Pukal secara sekali bayar dinaikkan daripada RM20,000 kepada maksimum RM50,000, tertakluk pada tempoh perkhidmatan, berkuat kuasa 1 Januari 2026, tambah Perdana Menteri.

"Kerajaan turut melaksanakan kenaikan pangkat secara 'one-off' melalui kaedah Khas Untuk Penyandang (KUP) kepada 12,000 pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P), selain meningkatkan kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan daripada 360 hari kepada 490 hari.

"Sebanyak RM20 juta disediakan bagi menambah baik pusat penjagaan anak di fasiliti kerajaan," kata Anwar lagi.

 

Must Watch Video

Advertisement