IPOH: Belanjawan Negeri Perak 2022 akan memberi fokus kepada pemain sektor pelancongan untuk membantu mereka yang terjejas teruk disebabkan pandemik COVID-19.
Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata perincian lebih lanjut mengenai belanjawan berkenaan akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, Disember ini.
"Secara dasarnya, perincian belanjawan sudah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri minggu lepas.
"Namun, perubahan belanjawan negeri tertakluk kepada Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan di Parlimen pada penghujung bulan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Negeri Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) di sini semalam.
Saarani berkata pihaknya turut memberi perhatian kepada beberapa sektor lain seperti pembangunan fizikal negeri dan memberikan bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana yang turut terjejas akibat COVID-19.
''Contohnya, jika kita tidak memberi fokus kepada peruntukan pembangunan fizikal ia memberi kesan kepada kontraktor, pembekal pasir, kilang simen, perkasasan seterusnya dapat membantu ekonomi kontraktor dan pembekal bahan binaan,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 16 2021
Saarani (kanan) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Yang Dipertua PVATM Lt Kol (Bersara) Aminuddin Ab Karim pada Perasmian Persidangan Perwakilan PVATM kali ke-33, di Ipoh, 16 Okt, 2021. -- fotoBERNAMA
Harga Bitcoin melebihi AS$109,000 buat pertama kali dalam sejarah
Bitcoin direkodkan pada harga AS$107,646.76 di platform dagangan mata wang kripto terbesar, Binance, mencerminkan peningkatan sebanyak 1.69 peratus untuk hari itu.
Agenda AWANI #WEF25: Krisis dunia | Bukan tiada solusi, manusia yang gagal mengurus?
Impak peperangan, perubahan iklim dan pelbagai lagi isu-isu global bukannya tidak boleh dicari solusinya tetapi manusia yang gagal mengurus? Diskusi 830mlm ini.
AWANI Ringkas: Kes pukul OKU: Mangsa dalam keadaan stabil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF2025: ABCD - The world’s biggest problems
Davos discussions seek to transform economic, geopolitical, and environmental challenges into opportunities.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Khamis
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini.
Gencatan senjata: Peningkatan penyakit, kekurangan zat makanan cabaran besar di Gaza - WHO
WHO akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk melaksanakan pelan 60 hari bagi memulihkan dan mengembangkan sistem kesihatan di Gaza.
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
Belanjawan Negeri Perak 2022 beri fokus kepada sektor pelancongan
Perincian lebih lanjut berkenaan akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, Disember ini.