KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman antara pemimpin wanita disegani dalam pentadbiran negara dan politik.
Dilahirkan pada 24 April 1949, ibu kepada empat cahaya mata itu memenangi kerusi Parlimen Mentakab, Pahang ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-7 pada 1986 sebelum mempertahankan kerusi itu pada PRU8 (1990).
Beliau kemudian dipilih sebagai Ahli Parlimen Paya Besar selama tiga penggal pada PRU9 (1995), PRU10 (1999) dan PRU11 (2004).
Selain itu, Siti Zaharah yang berkelulusan Doktor Falsafah (Pengajian Pentadbiran Pendidikan dan Organisasi) Universiti Cornell New York, Amerika Syarikat menjadi pemimpin wanita UMNO pertama dari Pahang yang dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu pada pemilihan parti 1987.
Beliau juga pernah mengemudi Wanita UMNO selama tiga tahun bermula 1996 selepas membuat kejutan menewaskan penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz dengan kelebihan hanya 27 undi pada pemilihan parti.
Bagaimanapun, Siti Zaharah tewas kepada Rafidah pada Perhimpunan Agung UMNO 2000 sebelum namanya menjadi antara sembilan Ketua Perhubungan Wanita negeri yang digugurkan pada tahun sama.
Beliau sekali lagi membuat kejutan apabila menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti 2018 di usia 69 tahun dengan niat mahu membantu memperkukuh parti ekoran kegagalan BN membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14, namun tewas kepada Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Di dalam pentadbiran negara, selain menjawat Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dari 1999 hingga 2004, Siti Zaharah pernah dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Perusahaan Awam.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perancangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selain Penyelaras, Program Maktab Rendah Sains MARA.
Selain itu, beliau pernah menjadi Penaung Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera (USAHANITA), Presiden Pertama Pertubuhan Ahli-ahli Parlimen Wanita dari Negara-Negara Islam, Presiden Persatuan Hoki Wanita Malaysia dan Naib Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU).
Siti Zaharah, 75, yang meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor pada 11.23 malam Jumaat akibat sakit tua, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21 pada 11.30 pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024

Siti Zaharah meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor pada 11.23 malam Jumaat akibat sakit tua. - Gambar fail
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

PM Anwar ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah
Anwar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi.

Belasungkawa: Siti Zaharah Sulaiman pemimpin wanita disegani
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman antara pemimpin wanita disegani dalam pentadbiran negara dan politik.

Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.

Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.

Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi.

Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.