KUALA LUMPUR: Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah yang meninggal dunia semalam pada usia 86 tahun adalah tokoh bidang kehakiman dan perundangan yang cukup disegani terutama apabila beliau menjadi peguam pertama dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.
Anak kelahiran Perlis itu yang berkhidmat selama 20 tahun dalam bidang kehakiman sebelum bersara pada Mac 2003, mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Arau sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dan menyambung pengajian di Barrister-at-Law, Honourable Society of Middle Temple, Inns of Court, London pada 1961.
Sebelum diterima masuk ke English Bar sebagai peguam bela pada Jun 1966, Mohamed Dzaiddin bertugas sebagai wartawan dengan akhbar The Malay Mail di Kuala Lumpur pada 1956 dan kemudian menyertai pasukan polis dengan pangkat Inspektor hingga 1961.
Pada Januari 1967, beliau diterima masuk sebagai peguam bela serta peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya sebelum berkhidmat di Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Lumpur hingga Oktober 1982.
Mohamed Dzaiddin memulakan kerjaya dalam bidang kehakiman sebagai Pesuruhjaya Kehakiman secara separuh masa selama tiga tahun pada 1979 dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada Oktober 1982 yang kemudian menyaksikan beliau menabur bakti di Kuala Lumpur serta Pulau Pinang.
Pada Januari 1993, beliau dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Agung dan kemudian sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.
Mohamed Dzaiddin, yang berkahwin dengan Tengku Datuk Paduka Noriah Tengku Ismail dan dikurniakan dua cahaya mata, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 2000 dan menyandang jawatan itu hingga 2003.
Selain itu, beliau adalah bekas Pengerusi Jawatankuasa Majlis Peguam Kelantan dan wakil negeri ke Majlis Peguam serta Naib Presiden Majlis Peguam Malaysia bagi penggal 1981/1982.
Pada 1997, Mohamed Dzaiddin dipilih sebagai Presiden Persatuan Undang-Undang ASEAN dan menyandang jawatan itu hingga Mei 2003 selain merupakan pemeriksa luar Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya.
Mohamed Dzaiddin melakar sejarah dalam bidang kehakiman apabila beliau menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas dua rakyat Australia iaitu Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers bagi kesalahan mengedar dadah semasa berkhidmat sebagai hakim di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 1986.
Susulan itu, beliau digelar sebagai "hakim yang menggantung" oleh media Barat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024
Allahyarham Mohamed Dzaiddin adalah tokoh bidang kehakiman dan perundangan yang cukup disegani terutama apabila beliau menjadi peguam pertama dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
10 Berita Pilihan - (15 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petros dan Sarawak komited untuk bekerjsama dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Khairunnisa kuasai scratch elit wanita
Pelumba berbasikal trek pelapis wanita negara Khairunnisa Aleeya Saifulnizam mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi perlumbaan scratch elit wanita pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden).
Hanya kerana ada 'kambing hitam', tidak wajar seluruh institusi dipersalah - Khalid
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak pernah meletakkan diri mereka daripada dikecualikan daripada tindakan undang-undang.