BANTING: Benih koko premium yang diusahakan secara amalan pertanian baik boleh membantu meningkatkan pendapatan petani koko, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata Lembaga Koko Malaysia (LKM) sentiasa membuat penyelidikan dan pembangunan untuk memastikan petani koko dapat menghasilkan produk biji koko premium.
"Kalau yang premium, biji koko kering itu akan dijual pada harga RM15 sekilogram, manakala yang biasa mungkin harganya RM6-7 sekilogram.
"Jadi maknanya dengan menanam bukan saja benih yang baik dan premium tetapi diusahakan secara amalan pertanian baik, kalau semua dipatuhi mengikut standard dan sebagainya Insya-Allah mereka akan dapat harga yang lebih baik.
"Itu yang kita usahakan, sebab itu kursus dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk melatih pekebun-kecil kita supaya mereka akan balik (kembali) kepada produk yang lebih premium," katanya kepada media selepas sesi santai mesra bersama pengusaha tanaman koko di Kebun Lee's Cocoa di Tanjung Sepat, Selangor pada Ahad.
Sementara itu, Fadillah berkata hari ini juga diadakan kursus untuk penanam koko dari Tanjung Karang, Sabak Bernam, dan Sekinchan.
Menurutnya, rata-rata pekebun atau petani berharap kerajaan dapat memberi sokongan untuk input pertanian yang kini meningkat seperti baja, racun dan benih.
"Mereka juga mengharapkan supaya Kerajaan Persekutuan dapat membantu melalui LKM Dan Insya-Allah perkara ini kita akan bawa berbincang dengan Kementerian Pertanian, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan untuk melihat bagaimana kita boleh membantu sama ada dalam bentuk subsidi ataupun apa saja bantuan yang boleh untuk meringankan ataupun mengurangkan input pertanian kepada mereka," katanya.
Kebun Lee's Cocoa yang dimiliki pengusaha koko tempatan, Lee Soon Cheong, merupakan lokasi akhir bagi Program Trek Komoditi Zon Tengah Semenanjung 2023 anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Fadillah yang melakukan lawatan ke tapak pengeringan biji koko atau 'Sauna Cacao' serta melancarkan produk premium Lee's Cocoa Tree to Bar turut memuji kejayaan Lee yang berjaya mengusahakan tanah hampir seluas lapan hektar itu dengan sokongan benih terpilih daripada LKM.
Hasil daripada kejayaan itu, Kebun Lee's Cocoa kini dapat mengeluarkan hasil hiliran seperti coklat premium yang dijual secara dalam talian dan juga di pasaran tempatan.
Selain itu, kebun tersebut juga menyediakan aktiviti agro-pelancongan kepada pengunjung dalam dan luar negara dengan mempromosikan proses penghasilan produk koko bermula daripada rantaian buah koko sehingga kepada penghasilan coklat.
Kebun tersebut merupakan antara pengusaha tanaman koko yang produktif dalam melaksanakan penanaman koko, memproses dan mengeringkan biji koko serta membuat produk coklat berkonsepkan 'tree to bar' yang menghasilkan biji koko 'single origin' (asal tunggal) serta coklat premium.
Setakat ini, program tanaman koko seliaan Lembaga Koko Malaysia (LKM) di Selangor merekodkan keluasan tanah berjumlah 16.84 hektar dengan melibatkan penyertaan 35 orang pekebun koko.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023
Benih koko premium yang diusahakan secara amalan pertanian baik boleh membantu meningkatkan pendapatan petani koko, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof. - Foto Facebook/Fadillah Yusof
Pengawal keselamatan klinik cabul pesakit lelaki dalam tandas direman
Seorang pengawal keselamatan di sebuah klinik direman bagi membantu siasatan selepas disyaki mencabul pesakit lelaki di dalam tandas.
Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.
Sekolah K9 dan K11, akses pendidikan yang kualiti dan inklusif
Timbalan Menteri Pendidikan berkata sekolah modal khas K9 dan K11 menyediakan akses pendidikan yang kualiti dan inklusif terutama bagi pelajar kawasan dipendalaman dan luar bandar.
“Konsep ini diperkenalkan bagi memastikan pelajar bersekolah sehingga ke peringkat menengah”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Konsep ini diperkenalkan bagi memastikan pelajar bersekolah sehingga ke peringkat menengah”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Presiden MTUC dilucutkan jawatan, dilarang bertanding dua penggal
Mohd Effendy turut dilarang bertanding pada pemilihan pegawai MTUC bagi tempoh dua penggal iaitu selama enam tahun.
Majikan tempatan, enam etnik Rohingya dituduh membunuh
Mayat mangsa yang dibunuh ditutup dengan kain cadar lalu dimasukkan ke dalam kolah di dalam bilik air sebelum ditimbus dengan tanah di sebuah rumah.
Tarif elektrik: "Ini penyakit marah, bukan fakta ekonomi" - PM
Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi, tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat.
KPM beri perhatian masalah keciciran murid - Timbalan Menteri Pendidikan
Timbalan Menteri Pendidikan berkata usaha KPM menangani isu keciciran murid dilaksanakan melalui pendekatan holistik yang melibatkan pelaksanaan kerjasama pelbagai pihak.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.
Buruh mengaku tidak bersalah rogol anak tiri
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan merogol terhadap anak perempuan tirinya yang berusia 14 tahun, Oktober lalu. Tertuduh yang berusia 53 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah hari ini.
JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana
Semua agensi juga diingatkan untuk sentiasa bersiap sedia daripada segi aset dan logistik di bawah tanggungjawab masing-masing bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana terutamanya gelombang kedua banjir.
Benih koko premium diusahakan secara amalan pertanian baik boleh tingkat pendapatan petani - Fadillah
Benih koko premium yang diusahakan secara amalan pertanian baik boleh membantu meningkatkan pendapatan petani koko.