KUALA LUMPUR: Berangkat ke pejabat seawal 7 pagi menjadi antara rutin Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi menyemak laporan penting yang dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda, kata Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.
Meluahkan rasa kagum terhadap disiplin Sultan Ibrahim, Azuan Effendy berkata, selama enam bulan berkhidmat dengan Seri Paduka Baginda, ketepatan masa sangat dititikberatkan dalam kalangan pegawai Istana Negara.
"Saya fikir ini (tahap disiplin) tidak terjadi dengan sendiri, tentulah ia kerana latar belakang Seri Paduka Baginda sendiri seorang Raja yang melalui latihan ketenteraan. Seri Paduka Baginda pernah berada di Fort Benning, Amerika Syarikat melalui latihan ketenteraan yang begitu lasak.
"Seri Paduka Baginda membuat banyak penerjunan, lebih 20 kali. Bukan hanya penerjunan pada waktu siang tetapi juga pada waktu malam dan Sultan Ibrahim sendiri pernah mengalami beberapa kemalangan," katanya semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk Istiadat Pertabalan Payung Mahkota;
Daulat Bertakhta yang disiarkan Bernama TV malam tadi.
Turut serta dalam program itu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17.
Azuan Effendy berkata, keperibadian Sultan Ibrahim juga bertitik tolak daripada didikan Ayahanda Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang mengutamakan disiplin.
"Walaupun Seri Paduka Baginda merupakan anakanda Sultan, tetapi duit perbelanjaan tidak diberikan oleh Paduka Ayahanda dan Sultan Ibrahim terpaksa menjual botol di kedai untuk mendapatkan wang.
"Akhirnya dengan wang itulah Seri Paduka Baginda membeli Basikal Chopper yang akan ditunjukkan semasa Pameran Raja Kita di Muzium Negara pada 25 Julai," katanya.
Mengenai Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara pada 20 Julai ini, Azuan Effendy berharap ia dapat mendekatkan lagi institusi beraja dengan masyarakat, sekali gus menerapkan perasaan taat setia kepada raja dan negara terutama dalam kalangan generasi muda.
Sebagai individu termuda yang menjawat jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela, beliau berbangga diberi peluang mengendalikan istiadat berkenaan dan berharap anak muda yang lain juga berminat mendalami dan mempertahankan institusi beraja di negara ini.
"Saya selalu andaikan hubungan Raja dan rakyat ini umpama pohon dan akar. Raja adalah pohon dan rakyat akarnya.
“Akar perlu kuat barulah pohon itu akan berada dalam kedudukan yang teguh dan apabila pohon itu teguh ia akan merimbun, menaungi rakyat dalam keadaan penuh aman dan sentosa," katanya.
Sementara itu, Fahmi turut berharap istiadat itu diraikan setiap lapisan umur terutamanya generasi muda bagi menunjukkan Malaysia berada di bawah payung Raja-Raja Melayu yang menjadi titik rujukan dari segi semangat hidup kenegaraan.
"Saya minta istiadat ini ditayangkan di rumah supaya ibu bapa ajak anak-anak tengok. Kalau kita dapat bagi rasa kagum mengenai institusi beraja, itu saya harap akan membuatkan generasi muda faham ada satu ketinggian, ada satu konsep yang mana kita meletakkan penghormatan tertinggi kepada institusi Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas. - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024
![Berangkat ke pejabat seawal 7 pagi, pegawai Istana Negara kagum disiplin Sultan Ibrahim Berangkat ke pejabat seawal 7 pagi, pegawai Istana Negara kagum disiplin Sultan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719977042_AzuanEffendy.jpg)
Azuan Effendy berkata, selama enam bulan berkhidmat dengan Seri Paduka Baginda, ketepatan masa sangat dititikberatkan dalam kalangan pegawai Istana Negara. - Gambar Bernama
Agenda AWANI Asia: Trend Baharu & Inisiatif Mudah Berbelanja
Diskusi mengenai trend baharu dan inisiatif mudah berbelanja dengan selamat, bijak dan berjimat baik di negara sendiri, mahupun di negara asing dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
![KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739010101_KementerianPembangu.jpg)
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran
KUSKOP melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) semalam, bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
![Menteri Kanan Singapura Lee akan lawat Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong Menteri Kanan Singapura Lee akan lawat Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61690968147_TBSINGAPOREVACCINE.jpg)
Menteri Kanan Singapura Lee akan lawat Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong
Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Malaysia dari 19 hingga 22 Julai untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur.
![Yang di-Pertuan Agong titik rujukan semangat kenegaraan, payungi rakyat - Fahmi Yang di-Pertuan Agong titik rujukan semangat kenegaraan, payungi rakyat - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720823831_SultanIbrahimSulta.jpg)
Yang di-Pertuan Agong titik rujukan semangat kenegaraan, payungi rakyat - Fahmi
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan memperkuat nilai perpaduan, jati diri dan semangat kenegaraan dalam diri setiap rakyat Malaysia terutama generasi muda.
![Istiadat Pertabalan Agong ke-17 punyai sentuhan peribadi Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah Istiadat Pertabalan Agong ke-17 punyai sentuhan peribadi Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720821587_AgongPermaisuri.jpg)
Istiadat Pertabalan Agong ke-17 punyai sentuhan peribadi Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah
Banyak perkara berkaitan persiapan dan peraturan istiadat itu dipantau Seri Paduka Baginda berdua yang mahu segala-galanya berlangsung dengan sempurna.
![Istana Negara adakan majlis doa selamat sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17 Istana Negara adakan majlis doa selamat sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720733040_SultanIbrahimSulta.jpg)
Istana Negara adakan majlis doa selamat sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17
Majlis yang diadakan di Surau Utama Istana Negara dimulai dengan solat Maghrib berjemaah.
![Fahmi menghadap Sultan Kedah, persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong Fahmi menghadap Sultan Kedah, persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717510172_TBFAHMI.jpg)
Fahmi menghadap Sultan Kedah, persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong
Fahmi menghadap Sultan Kedah bagi mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.
![#AgongKita: Wajib tumpahkan taat setia kepada YDP Agong - JAKIM #AgongKita: Wajib tumpahkan taat setia kepada YDP Agong - JAKIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61564739757_TBAGONG.jpg)
#AgongKita: Wajib tumpahkan taat setia kepada YDP Agong - JAKIM
Wajib bagi setiap rakyat di negara ini menumpahkan sepenuh taat setia kepada kepimpinan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
![Sesungguhnya ... #AgongKita Sesungguhnya ... #AgongKita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71564443385_950x600.jpg)
Sesungguhnya ... #AgongKita
Soalan yang pernah bermain di fikiran sepanjang 12 tahun menjadi wartawan, adakah boleh untuk seorang wartawan menemubual Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong?
![#AgongKita: Atur cara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI #AgongKita: Atur cara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563249485_TBYDPAGONG.jpg)
#AgongKita: Atur cara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI
Raja itu ibarat payung yang dipertanggungjawabkan menaungi rakyat jelata dari sinar terik mentari, dan rakyat itu diibarat sebagai lambang kekukuhan dan kesinambungan Institusi Diraja.
![#AgongKita: Bersatu hatilah sekalian rakyat Malaysia, titah YDP Agong #AgongKita: Bersatu hatilah sekalian rakyat Malaysia, titah YDP Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71552271774_AGONG.jpg)
#AgongKita: Bersatu hatilah sekalian rakyat Malaysia, titah YDP Agong
YDP Agong mengharapkan agar rakyat Malaysia dapat menghayati serta menginsafi peristiwa di sebalik dua tarikh bersejarah.