BENTONG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mula mengadakan jualan beras import pada harga Rahmah, di setiap program Jualan Rahmah di seluruh negara.
Pemangku Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali berkata bermula semalam, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kilogram (kg) pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30, di mana-mana program Jualan Rahmah di kawasan mereka.
Beliau berkata perkara berkenaan dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis, sebagai satu langkah mitigasi bagi menangani gangguan sementara bekalan beras tempatan dan kenaikan harga beras import.
"Harga beras import yang ditawarkan itu lebih murah daripada apa dijual di pasaran, iaitu biasanya pada harga RM35 hingga RM40 dan lebih, bagi sektor peruncitan.
"Ini usaha kita lakukan untuk membantu KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan), menangani isu kekurangan bekalan beras tempatan dan peningkatan harga beras import di pasaran, ini langkah jangka pendek, kita percaya KPKM ada perancangan penyelesaian jangka sederhana dan panjang," katanya.
Armizan berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan tinjauan di Program Jualan Rahmah, di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dataran Simpang Pelangai di sini semalam, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang Sim Chon Siang.
Beliau berkata keputusan mengadakan jualan beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah, diambil bagi mengelakkan program itu yang diadakan di seluruh kawasan DUN di seluruh negara, menggangu bekalan beras tempatan di pasaran.
"Jadi biar kita ambil beras import tapi kita jual pada harga Rahmah, kita tak nak ganggu atau berlaku dan bertambah gangguan bekalan beras tempatan di sektor runcit," katanya.
Armizan berkata pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif NACCOL yang dipengerusikannya pada Rabu, beliau telah mengutarakan cadangan berkaitan perluasan penguatkuasaan kepada penguat kuasa KPDN dalam hal berkaitan beras, bagi membantu usaha menangani isu bekalan.
"Kita berpandangan wajar cadangan ini dipertimbangkan, kita mahu bantu (tangani isu beras), (namun) sebarang keputusan berkaitan itu akan diputuskan KPKM," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023
Armizan beramah mesra bersama peniaga ketika hadir pada Program Jualan Rahmah Peringkat Negeri Pahang di Dataran Simpang Pelangai, Bentong, 22 Sept. --fotoBERNAMA
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.
Hotel di Sandakan yang pertama tawar pakej harga Rahmah - Salahuddin
Sebuah hotel di Sandakan di sini menjadi hotel pertama di negara ini menawarkan pakej penginapan dengan harga Rahmah sepanjang Ramadan akan datang.