KUALA LUMPUR: Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan melebihi garisan putih boleh dikenakan tindakan penjara dan denda.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, Op Garisan Putih antara yang telah dilaksanakan menerusi Op Pematuhan Peraturan Lalu Lintas di seluruh negara.
Menurutnya, salah satu daripada operasi yang dijalankan ialah Kaedah 38 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN166/1959) iaitu tidak boleh memberhentikan kenderaan di lintasan.
"Ia menyatakan bahawa pemandu kenderaan tidak boleh menyebabkan kenderaan atau mana-mana bahagian kenderaannya berhenti di dalam kawasan lintasan melainkan sama ada dia dilarang daripada bergerak oleh keadaan yang diluar kawalannya atau jika perlu baginya untuk berhenti bagi mengelakkan kemalangan.
"Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata, pengguna jalan raya diingatkan untuk mematuhi peraturan lalu lintas dan tidak berhenti melebihi garisan putih kerana perbuatan ini adalah salah satu punca berlakunya kesesakan jalan raya selain mengundang kemalangan dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Justeru, JSPT menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
"Pastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi," ujarnya.
Pada 28 Julai, JSPT Bukit Aman memaklumkan pelaksanaan enam operasi khas bagi mendidik dan pertingkat kesedaran kepada pengguna jalan raya.
Tindakan pematuhan peraturan lalu lintas itu meliputi Op Lampu Isyarat Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Halangan Lalu Lintas, Op Garisan Putih, Op Parkir Haram dan kempen Op Didik.
PDRM melalui JSPT akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas semua pengguna kenderaan di seluruh negara bagi mendidik dan memberi kesedaran agar mematuhi undang-undang lalu lintas. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 03 2023

Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan melebihi garisan putih boleh dikenakan tindakan penjara dan denda. (Gambar kecil: Mohd Nasri) - Foto Sinar Harian
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Cuaca kering, akses laluan antara cabaran operasi bomba di ladang kelapa
Angin kuat, cuaca panas dan ketiadaan hujan menyebabkan tanah menjadi kering, sekali gus memudahkan api merebak.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.

Berhenti kenderaan lebihi garisan putih berdepan denda, penjara
Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan melebihi garisan putih boleh dikenakan tindakan penjara dan denda.