KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Sabah wajar mempertimbangkan bantuan tambahan kepada rakyat yang terjejas pendapatan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya bagi golongan B40 dan M40.
Saranan dibuat Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Negeri, Mustaman Mustain yang berkata ramai dalam kalangan rakyat berdepan situasi ini kerana tidak boleh bekerja dan perlu duduk di rumah bagi mengekang penularan COVID-19.
Untuk itu, pendapatan yang mereka perolehi ketika ini tidak sama dengan jumlah yang diperoleh sebelum pelaksanaan PKP.
‘’Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah menyarankan agar Kerajaan Negeri Sabah memberi insentif tambahan kepada rakyat khususnya golongan B40, M40, peniaga dan pekerja ekoran pelaksanaan PKP yang menyebabkan pendapatan rakyat terjejas.
‘’Usaha ini dilihat mampu mengurangkan beban golongan yang terjejas memandangkan rakyat yang terlibat rata-rata tidak dapat memperoleh pendapatan yang sama seperti hari-hari biasa kerana perlu duduk di rumah bagi membendung penularan COVID-19,’’ katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.
Mustaman berkata demikian sebagai reaksi kepada inisiatif Kerajaan Negeri yang mengagihkan 10,000 komputer riba kepada pelajar kategori miskin tegar menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK).
“Langkah proaktif ini sekaligus menunjukkan kerajaan negeri Sabah bukan sahaja bersungguh-sungguh untuk memerangi penularan wabak COVID-19 di negeri ini.
“Malah, turut memberi perhatian yang serius terhadap isu kebajikan khususnya kepada para pelajar untuk meneruskan pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih kondusif.
‘’Perkara ini semestinya akan menerima reaksi yang positif daripada rakyat umumnya, khususnya penerima yang terlibat memandangkan ia menggambarkan kesungguhan kerajaan negeri Sabah membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung rakyat,” tambahnya.
BACA: Sabah peruntuk RM15 juta beri komputer riba kepada pelajar kurang mampu
Pada Ahad, Kerajaan Sabah mengumumkan akan mengedarkan 10,000 komputer riba kepada pelajar Tingkatan Lima dan Enam menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) bermula 19 Julai hingga 18 Oktober ini.
Ia melibatkan calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, pengagihan fasa satu melibatkan 9,842 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan 158 dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).
Ia membabitkan ibu bapa atau penjaga pelajar yang termasuk dalam kategori e-Kasih miskin tegar.
Syafik Shukri Jalil
Mon Jun 07 2021

Kata Mustaman, bantuan mampu mengurangkan beban golongan terjejas memandangkan rakyat yang terlibat rata-rata tidak dapat memperoleh pendapatan yang sama seperti sebelumnya. - Foto Facebook/Mustaman Mustain

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

Total lockdown bukan penyelesaian, patuh SOP dan tingkatkan kadar vaksinasi - Masidi
Pelaksanaan total lockdown bukan satu penyelesaian kepada masalah jangkitan COVID-19 yang terus meningkat.

Keputusan longgarkan SOP di Sabah perlu dilihat secara positif - Bung Moktar
Tindakan kerajaan Sabah melonggarkan sebahagian prosedur operasi standard (SOP) dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama di negeri ini perlu dilihat secara positif.

Beri insentif tambahan kepada golongan terjejas - Pemuda Pas Sabah
Kerajaan negeri Sabah wajar mempertimbangkan bantuan tambahan kepada rakyat yang terjejas pendapatan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya bagi golongan B40 dan M40.