Angkatan Wanita Amanah Negeri (AWAN) Kelantan mendesak pihak berkaitan supaya memberi jawapan segera berhubung penularan radang paru-paru (pneumonia) dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh, Gua Musang.
Ketua Biro Kesihatannya Dr Hafidzah Mustakim berkata pihaknya percaya negara ini tidak mengalami kekurangan tenaga pakar yang boleh memberikan penjelasan lebih tepat berkaitan penularan penyakit itu.
"Setelah beberapa lama penularan penyakit yang menimpa komuniti (Orang Asli suku Batek) Kampung Kuala Koh, masyarakat masih tertanya-tanya apakah punca sebenar wabak tersebut.
"Mengapakah penduduk Orang Asal Kampung Kuala Koh begitu mudah terdedah dengan pneumonia dan apakah menyebabkan imuniti atau ketahanan badan mereka begitu rendah kerana rata-rata mangsa setakat ini terdiri dalam kalangan orang muda," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
BACA: 'Dua hari sakit, terus mati' - Penduduk Asli Kuala Koh bimbang penularan penyakit misteri
BACA: 2 lokasi dikenal pasti, operasi kesan jasad Orang Asli Kuala Koh bermula esok
BACA: Sumber air di Kuala Koh tidak tercemar, bebas radio aktif - Hazmat
BACA: Beri masa untuk ketahui punca kematian Orang Asli Kuala Koh - Tun M
BACA: 'Bukan TB atau Leptospirosis' - Dr Dzulkefly jelas punca jangkitan Kuala Koh belum diketahui
Kementerian Kesihatan mengesahkan dua daripada 14 kematian yang melibatkan Orang Asli suku Batek di Kuala Koh dalam tempoh sebulan lepas berpunca daripada radang paru-paru, namun punca sebenar kematian akan diketahui dalam masa terdekat selepas ujian Serologi dan 'polymerase chain reaction' (PCR) selesai dilakukan.
Masalah kesihatan yang melanda penempatan Orang Asli Suku Batek itu menyaksikan seramai 99 penduduk dirawat dengan empat daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Krai dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.
Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan orang ramai membantu masyarakat Orang Asli Kampung Kuala Koh dengan menghulurkan sumbangan kepada Tabung Bantuan Kebajikan dan Kemanusiaan Orang Asli Kuala Koh kelolaan Yayasan Darul Hijrah.
Sumbangan boleh dibuat menerusi pautan https://www.billplz.com/bantuanorangasli atau melalui transaksi dalam talian ke akaun Maybank: Yayasan Darul Hijrah (5660 1060 9934) dengan memaklumkan setiap sumbangan menerusi aplikasi WhatsApp (018-359 0403) dan e-mel ke [email protected] untuk urusan resit dan audit.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2019
![Beri jawapan segera berhubung penyakit yang menimpa penduduk Kuala Koh Beri jawapan segera berhubung penyakit yang menimpa penduduk Kuala Koh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560308922_OrangAsli.jpg)
Anggota Hazmat JBPM melakukan pemantauan kualiti udara dan mengambil sampel air di Kuala Koh. - Foto BERNAMA
![Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738965863_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
![Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738965729_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.
![Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738932125_TBSKIMRUMAHIBUjpg.jpg)
Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik
Sebanyak 200 penduduk bakal menerima manfaat melalui tawaran pemilikan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Ibu di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, di sini.
![Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738947677_AriffinArifADUN.jpg)
Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan
Mohd Ariffin juga yakin kontroversi yang mengaitkannya dengan isu rasuah tidak akan 'memberi ancaman' kepada keyakinan rakyat menjelang PRN akan datang.
![Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738927130_Jururawat.jpg)
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
![Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738151815_Vape.jpg)
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
![Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025 Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613713139_PERODUALOGO.jpg)
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
![Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738940860_AaronAgo.jpg)
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
![MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738965507_MyGAS.jpg)
MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas
MyGAS 2025 akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah.
![Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738939880_congo.jpg)
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
![Awan menyerupai UFO gemparkan penduduk Turkiye Awan menyerupai UFO gemparkan penduduk Turkiye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674288139_TBSTRANGECLOUD.jpg)
Awan menyerupai UFO gemparkan penduduk Turkiye
Sekali imbas, awan itu seakan-akan dua gelung cincin berbentuk bujur, dan bertahan selama kira-kira sejam.
![Awan berbentuk kapal selam KRI Nanggala 402 buat netizen terpaku Awan berbentuk kapal selam KRI Nanggala 402 buat netizen terpaku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619625434_awanKRINanggala.jpg)
Awan berbentuk kapal selam KRI Nanggala 402 buat netizen terpaku
Sebuah video awan yang dikatakan mirip seperti kapal selam KRI Nanggala 402 yang tenggelam pada Rabu lalu tular di media sosial.
![MIDA sambut baik pelan Microsoft dalam inisiatif bersama Malaysia MIDA sambut baik pelan Microsoft dalam inisiatif bersama Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618911323_MIDA.jpg)
MIDA sambut baik pelan Microsoft dalam inisiatif bersama Malaysia
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyambut baik pelan Microsoft Corp untuk menubuhkan pusat data serantau pertamanya di Malaysia yang akan mempercepatkan inovasi negara.
![Gunung Sinabung di Sumatera meletus, hamburkan abu satu kilometer Gunung Sinabung di Sumatera meletus, hamburkan abu satu kilometer](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598183397_Sinabung.jpg)
Gunung Sinabung di Sumatera meletus, hamburkan abu satu kilometer
Letusan memaksa penduduk setempat berpindah sekurang-kurangnya lima kilometer dari gunung tersebut.
![Hujan batu landa Kuching, Kota Samarahan Hujan batu landa Kuching, Kota Samarahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71534076189_TBHUJANBATU.jpg)
Hujan batu landa Kuching, Kota Samarahan
Suhu panas di sekitar Kuching dan Samarahan di Sarawak sepanjang hari ini dikejutkan dengan hujan batu yang turun sekitar jam 4.30 petang tadi.
![Cuaca sejuk di seluruh Semenanjung, bukan hanya di Kelantan - Jabatan Meteorologi Cuaca sejuk di seluruh Semenanjung, bukan hanya di Kelantan - Jabatan Meteorologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/41421653077_295x200.jpg)
Cuaca sejuk di seluruh Semenanjung, bukan hanya di Kelantan - Jabatan Meteorologi
Cuaca sejuk yang berlaku di Kelantan dan di seluruh Semenanjung menandakan Musim Monsun Timur Laut mula bergerak ke Sabah dan Sarawak.
![Cuaca panas bakal berakhir tidak lama lagi Cuaca panas bakal berakhir tidak lama lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/61392181419_295x200.jpg)
Cuaca panas bakal berakhir tidak lama lagi
Jabatan Meteorology berkata kawasan pembentukan awan hujan mula kelihatan serta perubahan corak tiupan angin dari arah timur laut.