ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 April 2021.
1. Muhyiddin kembali ke Medan Niaga Satok selepas lapan tahun
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan kunjungan kedua ke Medan Niaga Satok, yang dirasmikannya sendiri pada 28 Januari 2013 ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
2. Bayi 14 hari maut tercampak dalam kemalangan 4 sekeluarga di Jalan Ampang
Seorang wanita bersama bayi perempuannya berusia 14 hari maut dalam kemalangan di Jalan Ampang, ibu negara pada Khamis.
3. Tiada bakteria SE dikesan di ladang ayam penelur CEM 014 Linggi - JPV
Tiada bakteria Salmonella enteritidis (SE) dikesan di ladang ayam penelur CEM 014 Linggi Agriculture Farm, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
4. Transit ejen Korea Utara: Jangan cepat melompat keruhkan keadaan - Ismail Sabri
Kementerian Pertahanan belum menerima sebarang makluman berhubung dakwaan terdapat ejen Korea Utara menjadikan negara ini sebagai transit penyeludupan barangan dari negara luar.
5. Harimau tidak terurus, keadaan Zoo Negara 'menyedihkan'? Ini penjelasannya...
Sumber kewangan digunakan untuk tujuan makanan haiwan, penjagaan asas haiwan dan gaji kakitangan, hingga tiada peluang untuk pembangunan fasiliti pendidikan, perlindungan serta penyelidikan saintifik.
6. Undi18: Penangguhan nafikan hak orang muda, pencabulan demokrasi - Maszlee
Tindakan kerajaan tidak melaksanakan Undi18 ketika ini meskipun diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah dilihat sebagai tindakan mencabul demokrasi.
7. PN sokong penuh GPS, soal kerusi bincang kemudian - Muhyiddin
Persoalan berkaitan pembahagian kerusi yang akan diwakili Perikatan Nasional (PN) di Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12), akan dibincang kemudian.
8. COVID-19: 1,294 kes baharu, hari keempat negara rekod kes empat angka
Kes COVID-19 dalam negara terus mencatatkan peningkatan dengan 1,294 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. Ini hari keempat berturut-turut Malaysia mengesahkan kes empat angka, yang menjadikan jumlah kumulatif kes positif kini sebanyak 347,972 kes.
9. Misi Muhyiddin berjaya, GPS hulur jaminan sokongan
Sesuai dengan mood "Good Friday", dengan Sarawak bercuti, kunjungan tersebut berlangsung dalam suasana muhibah dan mesra, apatah lagi ia pertama kali bagi "Tok Abah" sejak bergelar Perdana Menteri.
10. Kabel dasar laut: Strategi 'selektif' kerajaan punca Malaysia disisihkan - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan strategi kerajaan yang selektif untuk menarik pelaburan asing sebagai satu kegagalan.
Astro Awani
Fri Apr 02 2021
Berikut antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 April 2021.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Januari 2025.