ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 April 2021.
1. Enam individu ditahan disyaki terbabit godam sistem MyIMMs Jabatan Imigresen
Enam individu ditahan kerana disyaki terbabit memasang peranti dan perisian bagi tujuan menggodam Sistem MyIMMs Jabatan Imigresen Malaysia.
2. Hajiji Noor alu-alukan penggunaan istilah 'wilayah' untuk Sabah
Isu tular berhubung pertukaran penggunaan istilah wilayah ke atas Sabah dan Sarawak belum dapat dipastikan kesahihannya. Bagaimanapun, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika diminta mengulas isu berkenaan berkata, pihaknya mengalu-alukan perkara terbabit.
3. Lagi kes pemalsuan borang rentas negeri dikesan
Borang rentas negeri kosong yang didakwa milik Balai Polis Seksyen 6 di sini disahkan terdapat pemalsuan tandatangan. Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata siasatan awal dijalankan terdapat pemalsuan tandatangan Penolong Ketua Polis Balai Seksyen 6 tersebut.
4. Nicky, pembantu didakwa secara 'in absentia' kerana masih dalam buruan - KP Johor
Ketua kumpulan jenayah terancang Geng Nicky, iaitu Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, dan pembantu peribadinya, Niu Zhe, antara 15 yang dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini atas kesalahan menganggotai kumpulan jenayah terancang.
5. Status wilayah: Takrifan khas dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda - Abdul Karim
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan usaha mengiktiraf Sarawak dan Sabah sebagai wilayah sebagai mengembalikan semula semangat pembentukan Malaysia
6. Jika benar difitnah, sila tampil buat laporan - Ketua Polis Negara
Polis menasihati Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil membuat laporan berhubung rakaman audio perbualan telefon yang tular, sekiranya benar diri mereka difitnah.
7. Penggunaan AstraZeneca: Kerajaan akan putuskan dua minggu lagi - Khairy
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dalam mesyuarat tersebut, panel pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan maklumat terbaru mengenai vaksin berkenaan.
8. COVID-19: 1,854 kes baharu, Sarawak catat jangkitan tertinggi
Malaysia merekodkan 1,854 jangkitan baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 357,607, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
9. PRU15: Anwar Ibrahim calon PM, ketuai kempen - Pakatan Harapan
Pakatan Harapan (PH) memutuskan supaya Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekali gus diangkat sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.
10. COVID-19: Vaksin awal jika derma darah lebih 50 kali - Dr Adham
Menteri Kesihatah, Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan, ia selepas permintaan penderma darah untuk diberi keutamaan menerima vaksin menjelang fasa dua tidak lama lagi.
Astro Awani
Fri Apr 09 2021
Berikut antara berita dalam negara yang menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 April 2021.
A.S mahu ambil alih Gaza, apa kesannya?
Bersama ditalian Pakar Geostrategi, Prof Dr. Azmi Hassan.
Pemilihan lokasi taska, tadika berkeperluan khas mengikut keperluan di setiap negeri
Faktor pemilihan lokasi bagi pelaksanaan taska dan tadika berkeperluan khas dibuat berdasarkan keperluan sesuatu tempat dan kajian perlu dijalankan bagi meletakkan taska berkeperluan khas berkenaan. #AWANInews
Usaha wujudkan taska, tadika berkeperluan khas dimulakan di Melaka
Usaha mewujudkan taska dan tadika berkeperluan khas atau autisme akan dilaksanakan dan dimulakan di negeri Melaka pada tahun ini dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain pada 2026. #AWANInews
Saya pemain paling lengkap, terbaik dalam sejarah - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo percaya dirinya merupakan pemain bola sepak terhebat dengan menegaskan dia telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh pemain lain.
'OIC dah lama tak guna' - Pakar
Dalam pada itu, Pakar Undang-Undang Antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir Turut menyelar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang disifatkan beliau sudah lama tidak berguna.
Rancangan Trump mahu ambil alih Gaza 'gila' - Pakar
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza dan diuruskan oleh negara itu dengan baik adalah 'gila' dan tidak masuk akal.
Menurut Pakar undang-undang antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir tindakan Trump yang tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa itu dilihat sebagai bentuk pengusiran penduduk Gaza.
Menurut Pakar undang-undang antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir tindakan Trump yang tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa itu dilihat sebagai bentuk pengusiran penduduk Gaza.
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin Merdeka - Arab Saudi
Arab Saudi sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa normalisasi hubungan dengan Israel tidak akan berlaku tanpa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Konflik Gaza: Trump Gelar Gaza 'Riviera Asia Barat' apabila dibangunkan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan hasrat untuk melawat Israel dan kemungkinan membuat lawatan ke Gaza.
Di sebalik 'tekanan maksimum' AS ke atas Iran, Trump mahu baiki hubungan dengan Tehran
Bagaimanapun, Presiden AS mengingatkan Tehran tidak boleh miliki senjata nuklear.
Cadangan bangunkan silibus, modul AI perubatan sedang dibincangkan
Cadangan untuk membangunkan silibus dan modul perubatan berkaitan AI dalam sektor kesihatan sedang dibincangkan dengan teliti oleh Kementerian Kesihatan. #AWANInews
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.