UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 April 2021.

Astro Awani
Mon Apr 19 2021
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 April 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 April 2021.

1. Siti Nurhaliza selamat lahirkan bayi lelaki

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi tadi.

2. Pengarah antara lima ditahan terlibat penerbitan video iklan judi raya

Lima lagi individu termasuk pengarah, komposer dan penyanyi yang terlibat dalam pembikinan video iklan lagu raya mempromosi kegiatan judi ditahan polis malam tadi.

3. COVID-19: Semua sekolah di zon merah Sarawak ditutup dua minggu

Semua sekolah yang terletak di zon merah COVID-19 di Sarawak ditutup dua minggu bermula esok.

4. Rayuan Najib: BOD SRC hanyalah boneka yang menari ikut rentak tuannya - Timbalan Pendakwa Raya

Kawalan penuh Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas urusan perniagaan SRC International Sdn Bhd jelas menunjukkan Lembaga Pengarah syarikat itu hanyalah ‘boneka’ yang menari mengikut rentak tuannya, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.

5. Tolak isteri jatuh kondominium, tukang masak dituduh membunuh

Lelaki yang didakwa menolak isterinya dari sebuah Kondominium, di Ayer Itam, George Town minggu lalu di hadapkan ke Mahkamah Majistret Pulau Pinang atas tuduhan membunuh.

6. Darurat selepas PKP 2.0, ibarat jatuh ditimpa tangga - Prof Jomo

Tindakan kerajaan mengisytiharkan darurat selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dalam menangani wabak COVID-19 di negara ini ibarat jatuh ditimpa tangga, kata Penasihat Penyelidik Institusi Penyelidikan Khazanah, Profesor Emeritus Jomo Kwame Sundaram.

7. COVID-19: 2,078 kes baharu, kes aktif lebih 20,000

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Sarawak menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi iaitu 589 kes.

8. Rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan dari Isnin hingga Khamis - Polis

Polis Diraja Malaysia malam ini mengesahkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja.

9. Dakwaan KKM manipulasi statistik COVID-19 tidak berasas - Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan dakwaan segelintir pihak bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memanipulasi jumlah kes positif COVID-19 yang semakin meningkat ketika ini adalah tidak berasas.

10. Malaysia jangan bodoh sombong, ikut Barat kekang COVID-19 - Jomo

Malaysia diingatkan agar tidak bodoh sombong dengan hanya mengikut langkah negara Barat dalam mengekang penularan pandemik COVID-19.

#berita pilihan#rentas negeri#COVID-19#kkm manipulasi statistik
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata

Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata

Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi

Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi

Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau

Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau

EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar

Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar

Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta

Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta

Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan

YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan

Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini

Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini

Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia

Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB

Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB

Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025

Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025

Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Januari 2025.