Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

71642522101_BTP.jpg
71642522101_BTP.jpg
Advertisement
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 13 Februari 2022.

1. Empat media utama jalin kolaborasi

Buat pertama kali dalam sejarah, empat organisasi media perdana - Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star dan Astro AWANI - berganding bahu dan berkolaborasi untuk pelaporan berita.

2. 10 kerusi DUN majoriti tipis tumpuan PRN Johor

Sebanyak 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka menjadi medan saingan sengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan berlangsung pada 12 Mac depan.

3. Undi18: Strategi parti politik tawan hati pengundi muda

Pengundi tambahan akan menjadi ‘game changer’ kepada parti politik dan gabungan - bulan ini sahaja bilangan pengundi berdaftar di Malaysia melonjak dari 15.8 juta ke 21.1 juta.

4. Tanah runtuh di Balai Polis Tongod awal pagi ini 

Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Balai Polis Tongod di sini awal pagi ini, difahamkan susulan hujan yang berterusan di kawasan ini sejak Rabu.

5. Warga Malaysia IQ rendah bakal jalani hukuman gantung di Singapura

Pausi Jefridin, seorang warga Malaysia dari Sabah yang mempunyai tahap IQ rendah dijadualkan menjalani hukuman gantung sampai mati di Singapura pada Rabu depan.

6. 'Tak sedap hati, risau tiada khabar daripada Jit Murad minggu lalu' - Tina Fadzil

Tina memberitahu, kali terakhir dia berjumpa Allahyarham Jit adalah pada hujung bulan lalu namun Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan atau perilaku pelik sebelum pergi selama-lamanya.

7. Langgar SOP: Khairy arah Hishammuddin, Vigneswaran dan Hasni dikompaun

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengarahkan kompaun dikenakan terhadap beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional, kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) tentang penjarakan sosial.

8. Kita dah buktikan kerajaan UMNO stabil, PM balas Sanusi

Ismail Sabri berkata kerajaan kini adalah kerajaan UMNO dan beliau sendiri adalah perdana menteri dari UMNO, yang mendapat sokongan dari rakan-rakan parti lain.

9. Penikahan Megat dan Nik Nuralia, Sheila Majid sambut menantu sulung!

Pasangan merpati dua sejoli itu selamat diijabkabulkan bapa kandung Nik Nuralia, Dato' Nik Fauzi Tan Sri Dr Nik Hussein.

10. Kecoh tembok taman tema Bangi Wonderland runtuh

Tular di media sosial beberapa foto dan video yang didakwa runtuhan tembok di taman tema air popular, Bangi Wonderland Theme Park and Resort.

Must Watch Video

Advertisement