ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Jun 2022.
1. HFMD: Kes meningkat 32 kali ganda bagi ME 22/2022 berbanding 2021
Terdapat peningkatan 32 kali ganda bagi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bagi minggu epidemiologi (ME) 22/2022 pada 4 Jun.
2. Keputusan SPM 2021 diumum 16 Jun ini
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi calon 2021 akan diumumkan mulai 10 pagi pada 16 Jun ini, menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
3. PRU15: Mohd Azis sahut cabaran pertahan kerusi Parlimen Sepanggar
Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman bersedia menyahut cabaran daripada mana-mana pihak yang berhasrat untuk merebut kerusi yang disandangnya.
4. PT3 mansuh: Dua isu besar perlu ditangani KPM dalam memperkasa PBS
Terdapat dua isu besar yang harus diberikan perhatian serius oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkasakan pentaksiran berasaskan sekolah selepas pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga.
5. Pemilihan PKR: Afdlin Shauki buat laporan polis terhadap JPP
Datuk Afdlin Shauki yang tewas merebut jawatan Ketua Bahagian Setiawangsa dalam pemilihan PKR bulan lalu, tampil membuat laporan polis terhadap Jawatankuasa Pemilihan Parti.
6. Tak perlu balas, pegang prinsip Islam yang larang hina agama lain - Idris
Masyarakat Islam di negara ini perlu berpegang dengan prinsip dan ajaran agama itu yang melarang penganutnya daripada menghina dan menabur kebencian terhadap agama lain.
7. Himpunan Veteran ATM: Enam individu dirakam keterangan
Seramai enam individu telah dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan melibatkan Sekretariat Majlis Reunion Perjumpaan Bekas Perajurit RU6622 di Tugu Negara pada Isnin.
8. 1MDB ditubuhkan sebagai dana politik BN - Bekas KSN
Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa mengikut pemahamannya, syarikat pelaburan strategik 1MDB ditubuhkan untuk dijadikan dana politik kepada parti kerajaan ketika itu iaitu Barisan Nasional (BN).
9. Warisan hanya nyatakan hasrat, terpulang kepada PBS - Shafie Apdal
Keputusan untuk setia dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan keengganan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk bekerjasama dengan Parti Warisan tidak boleh dipaksa, kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
10. Najib tidak mahu saya masuk campur urusan 1MDB - Ahmad Husni
Ahmad Husni berkata beliau menyuarakan kerisauan itu pada hujung 2009 sebaik sahaja mengetahui 1MDB membuat pelaburan usaha sama dengan syarikat perkhidmatan dan pengeluaran minyak tersebut