Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

51648024507_TBBERITAx.jpg
51648024507_TBBERITAx.jpg
Advertisement
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Jun 2022.

1. DBKL siap sedia kemungkinan banjir kilat di ibu kota

METMalaysia pada Rabu mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan bagi negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

2. Larangan tukar parti: Draf RUU muktamad, dicadang dibentang pada Mesyuarat Khas Parlimen

Mesyuarat itu telah bersetuju dan memuktamadkan draf RUU berkenaan untuk dibentang serta dibahaskan dalam Dewan Rakyat.

3. Bekas diplomat, anak tidak mengaku tanam 102 pokok ganja

Bekas diplomat Malaysia dan anaknya yang diberkas polis selepas disyaki memiliki ladang ganja mengaku tidak bersalah atas tuduhan menanam sejumlah 102 pokok ganja.

4. Bantuan RM150 juta untuk transformasi nelayan

Kerajaan telah memperuntukkan bantuan berjumlah RM150 juta di bawah Dana Jaminan Makanan (DJM) dan pinjaman mudah bagi mentransformasikan nelayan melalui perolehan vesel moden berteknologi tinggi.

5. Pergi menghadap YDP Agong kalau hendak sangat Parlimen bubar - Nazri

Pemimpin-pemimpin UMNO yang mahu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disegerakan perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong dan memohon perkenan baginda untuk membubarkan Parlimen, kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

6. 'Harimau' dari Melaka turun Bukit Jalil demi Malaysia

Malam ini, pasukan bola sepak kebangsaan bakal bertemu Turkmenistan dalam perlawanan Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

7. Fokus kepada tugas di MOF, tidak fikir isu politik - Tengku Zafrul

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata beliau tidak memikirkan isu politik termasuk khabar angin akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Selangor kerana tumpuannya sekarang adalah terhadap usaha pemulihan ekonomi negara.

8. Kebebasan bersuara tidak harus disekat, namun perlu disertai sikap tanggungjawab - Wan Junaidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kebebasan bersuara tidak seharusnya disekat di Malaysia namun pada sama ia perlu disertai dengan sikap bertanggungjawab.

9. JAIS tidak halang penganjuran Bon Odori

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan menghalang mana-mana individu untuk menghadiri program Bon Odori, yang dijadual pada 16 Julai depan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), kata Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

10. MSM laksana rundingan berterusan dengan kerajaan semak semula harga siling gula

Penggiat industri gula MSM Malaysia Holdings Bhd sedang mengadakan rundingan dengan kerajaan untuk menyemak semula harga siling gula di tengah-tengah peningkatan kos bahan mentah dan muatan.


Must Watch Video

Advertisement