Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

51648024507_TBBERITAx.jpg
51648024507_TBBERITAx.jpg
Advertisement
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Jun 2022.

1. Berita gembira! Tambang percuma MRT, LRT, selama sebulan

Tambang percuma itu merangkumi perkhidmatan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), monorel serta bas RapidKL.

2. SPM 2021: GPN 4.86 mata, 55.29 peratus lulus semua mata pelajaran

Seramai 55.29 peratus daripada keseluruhan 407,097 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran.

3. Tunku Ismail dilantik Pemangku Raja mulai hari ini

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan melantik anakanda sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja mulai hari ini.

4. Harga ayam dijangka naik bulan depan apabila diapungkan

Harga ayam dijangka naik bulan depan apabila ia diapungkan ekoran berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini.

5. Perbualan TMJ - Pan Gon: "Saya 'malas' nak ulas, hampa dah tau, sudahlah" - Muhammad Sanusi

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau
‘malas’ untuk mengulas lanjut mengenai perkongsian 'story' di akaun Instagram Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai perbualan WhatsApp bersama pengendali skuad bola sepak negara, Kim Pan-gon.

6. 'Monster', 'young boy' dalam lejar UKSB merujuk kepada Ahmad Zahid - Saksi

Bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa catatan 'monster', 'young boy' dan 'yb' dalam lejar syarikat merujuk kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

7. Sultan Ibrahim kecewa, Johor seolah-olah dianaktiri

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang lebih buat pembangunan negeri itu melihat kepada sumbangan hampir RM13 bilion yang diberikan kepada kerajaan hasil dari negeri itu.

8. "Jumpa Zuraida dulu, kemudian Muhyiddin" - PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Zuraida Kamaruddin minggu depan bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

9. Nafi wujud konspirasi jatuhkan Siti Bainun kerana cemburu - Saksi

Seorang pegawai penyelidik undang-undang di sebuah firma guaman hari ini menafikan wujud konspirasi untuk menjatuhkan Siti Bainun Ahd Razali kerana cemburu dengan kehidupan pengasas Rumah Bonda itu yang lebih baik.

10. Dua pelajar sekolah pondok di Pasir Tumboh dikhuatiri lemas

Dua pelajar Madrasah An Diniah Bakriah, Pasir Tumboh dikhuatiri lemas selepas mandi di sungai Terusan, Pasir Tumboh lewat petang Khamis.



Must Watch Video

Advertisement