Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

51648024507_TBBERITAx.jpg
51648024507_TBBERITAx.jpg
Advertisement
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Jun 2022.

1. Mohamaddin Ketapi umum keluar Bersatu

Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi, hari ini, mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


2. Indeks Daya Huni (iDAM) jadi panduan PBT gubal polisi - Menteri

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berharap Indeks Daya Huni (iDAM) akan menjadi garisan panduan yang jelas kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan perancangan yang lebih mapan.


3. Had laju tidak lebih 25 km/j bagi mikromobiliti dipertimbang

Had kelajuan tidak melebihi 25 kilometer sejam (km/j) adalah antara yang diperhalusi dalam garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikromobiliti di Malaysia.


4. 5 sekeluarga maut kereta bertembung treler

Lima sekeluarga termasuk seorang bayi maut selepas kereta mereka bertembung dengan sebuah treler di Jalan Gambang-Muadzam, dekat Kampung Pulau Manis, di sini, pada Selasa.


5. Tiga ahli Parlimen UMNO keluar parti mahu selamatkan diri disiasat SPRM - Ahmad Zahid

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa tiga Ahli Parlimen UMNO keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana mahu menyelamatkan diri daripada disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


6. Op Patuh tamat susulan negara dalam fasa peralihan ke endemik - Hamzah

Op Patuh yang dilaksanakan bagi membanteras ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 di peringkat nasional secara bersepadu dan besar-besaran ditamatkan pada 25 Jun setelah setahun digerakkan berikutan negara memasuki fasa peralihan ke endemik.


7. Semakan kes Batu Puteh: Tun Mahathir enggan beri kerjasama selagi Apandi kekal pengerusi

Sesi temu bual membabitkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance di Jabatan Peguam Negara (JPN), di sini hari ini tidak berlangsung seperti dirancang.


8. 18 penghuni rumah hasil bantuan Ustaz Ebit Lew diselamat dalam kebakaran

Mereka adalah ahli keluarga Allahyarham Ishak Darus atau dikenali dengan nama ‘Pak Aq’ yang sebelum ini dilapor hidup daif dan menerima bantuan daripada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew pada April 2020.


9. Badan Peguam Malaysia bantah permohonan Laidlaw untuk wakili Najib di mahkamah

Terdapat 21,659 peguam yang berpengalaman di Malaysia untuk dipilih oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mewakilinya dalam rayuan terakhir bekas perdana menteri itu bagi kes berkaitan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, kata Badan Peguam Malaysia.


10. Tun Mahathir minta saya bubar UMNO kerana tiada masa depan - Zahid Hamidi

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memintanya membubarkan UMNO kerana parti itu tiada masa depan dan tidak boleh dipercayai.


Must Watch Video

Advertisement