ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Jun 2022.
1. Perang dunia ketiga bakal tercetus jika Ukraine sertai NATO - Tun M
Sekiranya Ukraine diterima sebagai ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), serangan oleh Rusia akan mengakibatkan peperangan dengan semua negara anggota pertubuhan itu.
2. MCMC lulus penggabungan Celcom, Digi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan notis tiada bantahan kepada cadangan penggabungan antara Digi.Com Bhd dan Celcom Axiata Bhd, melibatkan perniagaan Digi Telecommunications Sdn Bhd dan Celcom selaku pemohon.
3. Tabib perubatan jarak jauh dicekup khalwat dengan pembantu
Seorang lelaki warga emas yang juga pengasas gerakan perubatan Islam jarak jauh, dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat dengan seorang wanita yang juga pembantunya di sebuah rumah, di sini, Selasa malam.
4. Harga siling baru ayam RM9.40 mulai 1 Julai - Ronald
Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam dan meneruskan subsidi, serta menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia.
5. "Tuduhan Zahid berniat cemarkan reputasi saya" - Tok Pa nafi seleweng dana PRU14 seperti didakwa Presiden UMNO
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau menyeleweng dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang disalurkan kepada Badan Perhubungan UMNO Kelantan.
6. Luluh terima khabar anak, menantu, tiga cucu maut nahas
Luluh hati seorang ibu apabila anak, menantu dan tiga cucu kesayangannya meninggal dunia serentak dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Kuantan-Gambang, Kuantan, Pahang pada Selasa.
7. "Pertuduhan terhadap saya bermotif politik" - Ahmad Zahid
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini bahawa pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram ke atasnya bermotifkan politik.
8. Pelajar tahun akhir UPM ditemukan meninggal dunia di dalam bilik
Bau busuk dari sebuah bilik membawa kepada penemuan mayat seorang pelajar lelaki di dalam kolej kediamannya di Universiti Putra Malaysia (UPM), kira-kira 30 kilometer dari sini malam tadi.
9. Warga emas didakwa 17 pertuduhan rogol, amang seksual dua beradik
Seorang warga emas berusia 74 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas 17 pertuduhan rogol dan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak yang juga adik beradik sejak 2014.
10. Kabinet tubuh Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pasukan khas itu berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.