Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

51648024507_TBBERITAx.jpg
51648024507_TBBERITAx.jpg
Advertisement
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Jun 2022.

1. Majlis Pemulihan Negara gagal, bubarkan sahaja - Zahid Hamidi

Majlis Pemulihan Negara kini sudah tidak berkesan dan bercanggah dengan usaha-usaha terkini kerajaan untuk menangani masalah-masalah rakyat dengan wujudnya Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

2. PRU15: Kalau tiada calon lain, saya mungkin bertanding lagi - Tun M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan cadangan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi.

3. Kes demam denggi di Ipoh meningkat 151 peratus

Kes demam denggi di kawasan Bandaraya Ipoh meningkat 221 kes atau 151 peratus pada minggu epidemiologi 25 tahun ini yang berakhir 25 Jun, berbanding 88 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

4. Kes Batu Puteh: Biadab pun biadablah, saya cakap benar - Tun M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak kisah dilabelkan sebagai biadab berhubung kenyataannya melibatkan institusi diraja di Malaysia yang didakwa bebas serta mengatasi undang-undang.

5. 'Lompat parti tidak menyalahi amalan demokrasi' - Rosol

Mana-mana ahli parlimen di Malaysia tidak mempunyai sebarang halangan untuk melompat parti dan bebas untuk menyertai parti yang lain memandangkan ianya tidak melanggar amalan sistem demokrasi di negara ini.

6. 'Saya tidak dipilih jadi PM kerana tak mahu lindungi Najib' - Anwar

Beliau berkata, pendedahan dibuat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa wujud SD dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO yang menyokong dirinya cukup jelas untuk menjawab tohmahan.

7. JPA tubuh pasukan khas kaji pelaksanaan waktu bekerja empat hari seminggu

Tindakan itu dibuat kerana terdapat tuntutan daripada beberapa pihak yang inginkan kerajaan melihat perkara berkenaan dengan lebih terperinci.

8. Isu hina Nabi Muhammad: Perlu bertindak ikut kerangka Islam - Ismail Sabri

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindak balas itu juga perlu dilakukan tanpa terjerumus dalam provokasi yang cuba ditimbulkan oleh pihak tertentu.

9. Kes Siti Bainun: Bella takut, kurus ketika berjumpa pertama kali - Saksi

Bella bukan sahaja dilihat tidak gembira malah berjalan dalam keadaan tunduk tanpa melihat sesiapa selain kedua-dua tangannya turut berbalut.

10. Henti hina agama Islam - Idris Ahmad

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad mengingatkan kepada semua pihak untuk tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap Islam.

Must Watch Video

Advertisement