Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

61680150200_TBBERITAx.jpg
61680150200_TBBERITAx.jpg
Advertisement
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 April 2023.

1. 'Wira Perang' COVID-19, Noor Hisham bersara selepas 35 tahun berkhidmat! 

KHIDMAT bakti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada bidang kesihatan negara selama 35 tahun akan berakhir apabila beliau bakal bersara wajib pada 21 April ini. 

2. Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin melihat gandingan dengan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, yang dilantik sebagai timbalannya, mampu mengukuhkan parti itu di peringkat Sabah.

3. PLUS ramal 2 juta kenderaan ketika hari puncak Aidilfitri

Sebanyak 2 juta kenderaan dijangka akan menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS setiap hari pada hari-hari puncak sempena sambutan Aidilfitri.

4. Aidilfitri: KPM umum cuti khas, tiada sesi persekolahan 19 April

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti khas untuk semua kakitangan awam di kementerian itu pada 19 April ini sempena sambutan Aidilfitri.

5. Mahfuz tempelak Sanusi isu dakwaan singkir daripada Majlis Kewangan Negara

Muhammad Sanusi mendakwa terdapat usaha terancang untuk menyingkirkannya daripada mewakili negeri itu dalam Majlis Kewangan Negara.

6. Bekas MB Perlis akan didakwa lagi esok

Azlan, 65, dijangka dituduh berdasarkan jemputan liputan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

7. Tragedi basikal lajak: 'Setiap detik dihantui insiden itu, saya mohon maaf' - Sam Ke Ting

Peristiwa tersebut sentiasa bermain di fikirannya malah sering tertanya-tanya mengenai kehidupan serta masa depan keluarga remaja yang terkorban akibat kemalangan itu.

8. Elak berbalah, kemungkinan anak bulan Syawal kelihatan pada Jumaat tipis - Mufti Kedah

Umat Islam dinasihatkan agar tidak berbalah dan mempercayai khabar angin tentang spekulasi tarikh Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal nanti termasuk menyebarkan khabar yang belum sahih.

9. Bung Moktar nafi keluarkan kenyataan menyokong kerajaan GRS

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menafikan mengeluarkan kenyataan terbaru yang beliau kembali menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagaimana yang disiarkan sebelum ini.

10. PRN: Rundingan kerusi PH, BN masih terbuka - Salahuddin

Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata perkara seperti itu biasa berlaku dalam mana-mana proses pembahagian kerusi setiap kali menjelang pilihan raya.


Must Watch Video

Advertisement