Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

61680150200_TBBERITAx.jpg
61680150200_TBBERITAx.jpg
Advertisement
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 April 2023.


1. Sivakumar dipanggil ke SPRM

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar disahkan telah hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Ahad, bagi melengkapkan siasatan yang dilakukan agensi itu selepas menahan tiga individu termasuk dua pegawai kementerian tersebut pada minggu lalu.



2. Tiket KL-Tawau sempena Aidilfitri terlalu mahal - Ka Siong

Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempertikai harga tiket penerbangan Kuala Lumpur- Tawau sempena Hari Raya Aidilfitri yang disifatkan terlalu mahal.


3. Shereen lebur rekod 30 tahun milik Rabia

Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy meleburkan rekod 400 meter (m) kebangsaan yang telah berusia 30 tahun apabila berjaya mencatatkan 51.80 saat (s) di Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California, Amerika Syarikat, awal pagi tadi.


4. Petronas sahkan semua kakitangan di Sudan selamat

Semua kakitangan Petronas warga Malaysia di Republik Sudan berada dalam keadaan selamat dan dapat dikesan.


5. Aidilfitri: Dakwaan Wee Ka Siong harga tiket penerbangan terlalu mahal tidak tepat - Loke

Dakwaan harga tiket mencecah RM3,138 bagi kelas ekonomi penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April ini adalah tidak tepat, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.


6. PDRM beri amaran tak boleh main bunga api ganggu ketenteraman selepas 12 tengah malam

Bermain bunga api selepas jam 12 tengah malam sehingga mengganggu ketenteraman atau membahayakan orang lain adalah kesalahan yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336], demikian amaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).


7. Kelantan, Kuala Lumpur, Johor catat bacaan IPU tidak sihat

Beberapa kawasan di Kelantan, Kuala Lumpur dan Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.


8. Malaysia kutuk pertempuran di Sudan, gesa adakan dialog

Malaysia mengutuk sekeras-keras pertempuran yang meletus antara Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum, ibu negara Sudan, yang telah mencetuskan pergolakan dan mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah.


9. Terima kasih beri pandangan, tetapi biar yang masih dalam UMNO buat keputusan - Saarani

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, justeru sebarang keputusan berkaitan hal dalaman UMNO hendaklah diputuskan sahaja dalam kalangan individu yang masih bergelar ahli.

10. Lelaki bakar mercun tepi MRR2 ditahan polis

Seorang lelaki dalam sebuah video tular yang dilihat sengaja membakar mercun di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhadapan Petronas Lotus Ampang, di sini, baru-baru ini telah ditahan polis.


Must Watch Video

Advertisement