ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 April 2023.
1. Teruskan sokong bola sepak tempatan - TMJ mohon maaf jika ada tersinggung perasaan peminat
Sempena sambutan 1 Syawal semalam, pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memohon maaf zahir dan batin buat mana-mana peminat bola sepak tempatan seandainya beliau ada tersinggung perasaan mereka.
2. Jangan pandang ringan, ambil insurans penuh ketika memandu di Thailand - Aktivis
Rakyat Malaysia yang ingin bercuti ke Thailand khususnya mereka yang memasuki negara itu dengan memandu kenderaan dinasihatkan untuk mengambil perlindungan insurans penuh bagi mengelakkan sebarang risiko sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti nahas jalan raya.
3. Puteri Sarah beraya di rumah mentua
Foto pelakon Puteri Sarah Liyana yang meraikan sambutan hari raya bersama keluarga mentua iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail mengundang sebak netizen.
4. Berang lemang dicampak, penjual cederakan pesara tentera
Gara-gara berang lemang yang dijual dicampak pelanggan, seorang peniaga lemang di Bukit Beruang, bertindak mencederakan individu itu menggunakan buluh lemang.
5. Mat rempit keluar kebun sawit lapar, rindu juadah hari raya
Satu persatu samseng jalanan berusia anggaran 17- 42 tahun tersebut menyerah diri selepas tidak tahan bersembunyi dalam kawasan tersebut.
6. Tindakan SPRM sita dua akaun bank sulitkan operasi Bersatu - Ahmad Faizal
Tindakan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dua akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyulitkan operasi parti itu.
7. PRN: DUN Kelantan dijangka bubar pertengahan Jun - Mohd Amar
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dijangka akan dibubarkan dalam tempoh dua minggu sebelum berakhir bulan Jun depan.
8. Rumah Terbuka Aidilfitri PM Anwar, Jemaah Menteri bermula 29 April hingga 14 Mei
Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani terbuka kepada orang ramai bagi memberi peluang untuk mengeratkan silaturahim.
9. Malaysia mohon mendarat di Sudan, bawa pulang rakyat terkandas - Zambry
Malaysia sudah menghubungi pentadbiran tertinggi Sudan bagi memohon kelulusan lintas udara dan mendarat sebagai usaha membawa keluar rakyat yang terkandas di negara bergolak itu.
10. Suhu di 9 kawasan dijangka meningkat ke 37 darjah Celsius
Suhu di sembilan kawasan di negara ini berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) berikutan ianya boleh meningkat sehingga 35 hingga 37 darjah Celsius.