Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

41677685620_TBBERITAx.jpg
41677685620_TBBERITAx.jpg
Advertisement
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 April 2023.

1. Tabung Haji umum 3.10 peratus agihan keuntungan

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2022 sebanyak 3.10 peratus setelah mengambil kira zakat 2.57 peratus.

2. Jenazah Mael XPDC selamat dikebumikan

Jenazah vokalis kumpulan XPDC, Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar, sekitar pukul 10.55 pagi.

3. PM Anwar ziarah Musa Hitam

Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis meluangkan masa menziarahi bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dan keluarga.

4. Bantu rakyat sejak 28 tahun lalu, Jawahar Ali tidak pernah lokek ringankan beban masyarakat

Setiap kali isu melibatkan 'perut rakyat' dibicarakan, banyaj pihak tampil membantu dan menggesa pelbagai inisiatif dijalankan oleh kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat.

5. Penoreh getah tak mengaku rogol, amang seksual anak kandung

Tertuduh yang merupakan penoreh getah berusia 54 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan di hadapan Hakim Siti Aisyah Ahmad.

6. Ops Sudan: 30 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air hari ini

Tiga puluh rakyat Malaysia yang berjaya diselamatkan dari Khartoum, ibu negara Sudan, ketika negara itu dilanda konflik, selamat tiba di tanah air hari ini.

7. Rumah Terbuka Malaysia Madani untuk rakyat, bukan pembaziran - PM Anwar

Perdana Menteri berkata program itu bukan dilaksanakan atas kapasiti peribadi, sebaliknya dianjurkan kerajaan sebagai usaha mendampingi dan menyantuni rakyat.

8. Penerbangan pertama haji dijangka 21 Mei, TH masih merayu kuota tambahan

Penerbangan pertama bagi jemaah haji Malaysia pada tahun ini dijangka pada 21 Mei ini, kata Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Azman Mokhtar.

9. BAC: Yew Sin-Ee Yi cipta kejutan tumbangkan beregu nombor satu dunia

Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) dengan cukup bergaya apabila menumbangkan gandingan nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, secara set langsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebentar tadi.

10. Semua pihak digesa henti komen tidak sepatutnya berhubung isu pengampunan Najib - Zahid

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa semua pihak agar berhenti memberikan komen yang tidak sepatutnya berhubung isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Must Watch Video

Advertisement