ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Jun 2024.
1. Anak Hamzah Zainudin didakwa terima rasuah RM100,000
Anak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini, atas satu pertuduhan menerima rasuah RM100,000 bagi mendapatkan tender sebuah syarikat, enam tahun lalu.
2. Allahyarham Pyanhabib selamat dikebumikan
Jenazah seniman Allahyarham Pyanhabib atau lebih dikenali sebagai Mohd Supyan Abdul Rahman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Keramat di ibu negara sekitar jam 11.45 pagi ini.
3. Kertas siasatan OKU dipukul anggota pengiring VIP dirujuk kepada TPR - Razarudin
Kertas siasatan membabitkan seorang pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) yang didakwa dipukul seorang anggota pengiring orang kenamaan telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
4. Tahanan rumah: Mahkamah benar permohonan Najib masukkan dua afidavit
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak memasukkan dua afidavit bagi menyokong permohonan mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya menjalani tempoh pemenjaraan enam tahun di rumah.
5. Bangunan MOTAC terima ancaman bom, kakitangan diarah kosongkan bangunan
Kakitangan dan pelawat di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di sini dilapor telah diarah mengosongkan bangunan tersebut sekitar jam 3.40 petang.
6. Sempat ceroboh rumah di Karak selepas curi Honda City
Lelaki yang melarikan sebuah kereta jenis Honda City di sebuah stesen minyak di Semambu pada Isnin sempat tidur hampir tiga jam di sebuah rumah yang dicerobohnya di Kampung Chinta Manis dekat Karak di sini sebelum diberkas polis pada Rabu.
7. Gelar UiTM institusi aparteid: Kertas siasatan Andrew Sia dihantar ke Peguam Negara
Kertas siasatan berhubung penulisan kolumnis Andrew Sia yang mendakwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengamalkan sistem aparteid telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), semalam.
8. Gencatan senjata: AS perlu bersikap lebih tegas terhadap Israel - PM
Malaysia menuntut Amerika Syarikat (AS) agar bertindak lebih tegas terhadap Israel yang dilihat bersikap degil dan angkuh sehingga menyebabkan kesengsaraan berterusan ke atas rakyat Gaza.
9. Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI kenang jasa pemimpin terdahulu - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI yang dilancarkan hari ini akan berteraskan prinsip Perlembagaan dan mengambil kira tuntutan zaman.
10. Saya bukan boneka Najib, kata bekas Pengarah SRC International
Bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd Tan Sri Ismee Ismail menafikan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau adalah 'boneka' Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melaksanakan strategi pelaburan syarikat itu.
Astro Awani
Wed Jun 05 2024

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Jun 2024.
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Februari 2025.