ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.


1. Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing

Polis Selangor mengesahkan satu laporan polis yang diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat daripada seorang pegawai perubatan yang bertugas di zon merah Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Idris Shah Serdang.



2. Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA 

Pertukaran petugas kaunter yang berkhidmat melebihi lima tahun perlu dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan ketetapan baharu itu tidak merencatkan urusan perkhidmatan kerajaan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.


3. Hannah gesa persatuan sukan kurangkan amalan politik 

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meminta persatuan sukan di negara ini agar mengurangkan amalan politik dalam sukan termasuk ketika sesi pemilihan baharu persatuan terlibat. 


4. Polis tahan tiga individu terlibat jual dadah ketika konsert di Bandar Sunway

Ketiga-tiga suspek berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditahan di sekitar Selangor antara 8 hingga 12 Jan lepas.


5. Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan

Tiga tuntutan itu ialah menyegerakan pemisahan AGC dari Pejabat Perdana Menteri, pembebasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dari kuasa eksekutif, dan pelaksanaan Akta Pendanaan Politik.


6. Harith Iskander, keluarga terima ugutan bunuh

Bekas isterinya yang juga pengurusnya, Dr Jezamine Lim berkata, ugutan itu diterimanya pada minggu lalu.


7. Masters Indonesia: Pearly-Thinaah mara ke final

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, membawa cabaran ke final Kejohanan Badminton Masters Indonesia selepas melakar kemenangan ke atas wakil Korea Selatan hari ini.


8. Bapa lega anak peroleh kewarganegaraan selepas 17 tahun

Usaha seorang bapa mendapatkan kewarganegaraan untuk anaknya selepas berjuang selama 17 tahun berakhir apabila permohonan untuk anak perempuannya itu diluluskan.


9. JPJ kutip RM12.5 juta saman tertunggak menerusi inisiatif kompaun khas RM150

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip RM12.5 juta saman tertunggak hasil inisiatif tawaran kompaun khas kadar rata RM150 sejak awal Januari.


10. Hubungan Malaysia-China melangkaui perdagangan dan pelaburan - PM Anwar

Hubungan Malaysia dan China melangkaui perdagangan dan pelaburan, merangkumi pemahaman dan penghormatan bersama terhadap budaya serta tamadun kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.