ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.


1. Guru bersara awal pilihan peribadi, pentadbiran perlu bersifat manusiawi - Fadhlina

Keputusan guru bersara awal adalah pilihan peribadi yang perlu dihormati dan dipertimbangkan dengan teliti, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.



2. Diseksa dan direnjat elektrik' - Rakyat Malaysia cerita mimpi ngeri penipuan pekerjaan di Myanmar

Seorang rakyat Malaysia, Teo, diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar setelah diperdaya dengan tawaran pekerjaan sebagai penterjemah di Thailand.


3. Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, wujud kelemahan tatakelola - Azam Baki

Dapatan itu ialah hasil semakan pihak SPRM terhadap dokumen yang dibekalkan oleh pihak DBKL pada 7 Feb lepas


4. Saksi tutup jasad Zayn Rayyan guna 'sweater', lindungi dari orang awam

Saksi menemukan kanak-kanak autistik itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mengiring di atas batu pasir, di aliran anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai.


5. Perbezaan bukan melemahkan, tetapi kekuatan negara - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan bahawa kerencaman dan kepelbagaian di Malaysia tidak seharusnya melemahkan hubungan sesama masyarakat, sebaliknya dijadikan sebagai kekuatan ke arah negara yang lebih makmur dan maju.


6. 1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas

Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.


7. Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib

Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar membantah permohonan tiga ahli Parlimen pembangkang untuk menjadi pemerhati dan melantik peguam pemerhati yang dibenarkan berhujah pada permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Razak.


8. JAKIM ambil serius isu lelaki berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil serius terhadap isu tular membabitkan lelaki Muslim yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.


9. JPJ perkenal JPJeBid Mobile secara rintis mulai esok

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan saluran tambahan bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan iaitu JPJeBid Mobile secara ujian rintis mulai esok, kata Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli.


10. Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petroleum Sarawak (Petros) sebagai agregator gas di Sarawak.