ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.


1. ‘Siuuu’ Faisal Halim kembali bergema, ledak hatrik bantu Selangor benam KDN

Selepas menempuh musim yang 'panjang', pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim akhirnya kembali menemui sentuhan jaringan apabila cemerlang meledak hatrik membantu Selangor FC membelasah pasukan tercorot Kelantan Darul Naim (KDN) FC 7-0 pada saingan Liga Super 2024/2025, malam tadi.



2. “Childfree” di Malaysia: Kebebasan memilih atau krisis sosial yang semakin hampir?

Malaysia kini berdepan dengan satu perubahan sosial yang semakin ketara yang mana semakin ramai pasangan memilih untuk tidak mempunyai anak.


3. Aneka kuih talam Cik Mah 'licin' dalam masa sejam

Tidak sampai sejam, kuih talam beraneka jenis hasil air tangan wanita berusia 71 tahun laris terjual sejak jualan dibuka di Bazar Ramadan Klebang Restu di sini.


4. Individu keluar komen berbaur perkauman di media sosial juga boleh diambil tindakan tegas - KPN

Bukan sahaja individu yang memuat naik hantaran, malah mereka yang mengeluarkan komen berbaur perkauman atau menyentuh sensitiviti agama di media sosial akan turut diambil tindakan tegas tanpa sebarang kompromi.


5. Terkejut jumpa beg berisi bayi perempuan

Seorang penduduk terkejut mendapati sebuah beg yang ditinggalkan berhampiran bangsal kayu di Taman Semarak di sini mengandungi seorang bayi perempuan yang disyaki baru dilahirkan.



6. Selaraskan perundangan CCUS, elak pertindihan persekutuan dan Sarawak - TPM

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.


7. Operasi buru buaya dihentikan, orang ramai dinasihat elak aktiviti di Sungai Klang

Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang aktiviti di sepanjang Sungai Klang dari kawasan Masjid Jamek hingga Pantai Dalam buat sementara waktu sehingga buaya yang dilihat berhampiran bangunan Malayan Mansion, di sini, ditangkap.


8. Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang dinaikkan 25 peratus berkuat kuasa 2026 - PM Anwar

Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant) dinaikkan 25 peratus atau RM109 juta kepada RM548 juta berkuat kuasa mulai 2026, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


9. Dasar Wanita Negara 2025-2030 perkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita

Dasar Wanita Negara 2025-2030 dilancarkan secara rasmi pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025, menegaskan komitmen kerajaan dalam memperkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita di Malaysia.


10. Kes bakar ibu: Lelaki OKU mental diarah dirujuk ke hospital psikiatri

Seorang pengawal keselamatan yang mempunyai sejarah penyakit mental diperintahkan menjalani penilaian psikiatri selama sebulan selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya minggu lalu.