Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Mac 2025.
DI segenap pelosok dunia, manusia dan alam sentiasa berinteraksi dalam satu hubungan yang menarik.
Kadangkala harmoni, kadangkala penuh konflik. Kita membina kota, menakluk lautan dan meneroka angkasa, seolah-olah kita telah menguasai alam.
Semua kompleks beli-belah, pasar raya dan pasar raya besar di kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diarah tutup sepenuhnya pada 1 Syawal.
Ingin membantu golongan B40 dan berpendapatan rendah mendapatkan baju raya yang selesa, itulah antara sebab bagi pasangan yang berbangsa Cina di daerah Kluang, Chee Sur Wing, 32, dan isterinya Rita Too Wan Er, 31, menjual baju berkenaan pada harga serendah RM50 sepasang.
Penglihatannya mungkin tidak sesempurna orang lain, namun itu tidak menghalang Muhammad Hafizuddin Muhammad Amirul Hakim Linges,10, menghafal pelbagai surah sejak berusia empat tahun hingga kini diberi kepercayaan menjadi bilal cilik Masjid at-Taqwa, Taman Tun Sardon di Gelugor.
Sebanyak tiga kertas siasatan dibuka berhubung kekecohan yang melibatkan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, Jumaat lalu.
Malaysia antara negara terawal tampil menghulurkan bantuan kepada Myanmar yang berdepan bencana gempa bumi sebagai manisfestasi semangat ASEAN, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut tarikh 1 Syawal 1446H sekali gus Hari Raya Aidilfitri pada Isnin, 31 Mac 2025.
Perdana Menteri menyeru rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan sikap hormat-menghormati dalam memperkukuh hubungan antara pelbagai kaum dan agama, bagi memastikan kestabilan serta keamanan negara terus terpelihara.
Tiga maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 50.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Kuantan, berhampiran Kampung Lentang, Bentong, petang Ahad.
Dalam kesibukan rakyat Malaysia membuat persiapan akhir pulang ke kampung halaman sempena sambutan Aidilfitri, penggunaan pengangkutan awam terutama bas dan rel dilihat menjadi pilihan utama berikutan rekod keselamatannya yang jauh lebih baik berbanding kenderaan persendirian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


