Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 20 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 20 April 2025.
Tular di laman sosial video memaparkan seorang lelaki dalam keadaan mengamuk mengacukan parang ke arah beberapa petugas kesihatan.
Jelas SLB, pihaknya amat menyesali kesilapan tidak disengajakan yang berlaku ketika proses kreatif, dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesilapan terbabit.
Faisal mengalami kecederaan patah tulang hidung pada minit ke-55 perlawanan itu, apabila bertembung dengan kapten The Cops, Faith Friday Obilor.
Sistem kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diselaraskan mulai pengambilan Januari tahun hadapan.
Umat Islam diingatkan agar tidak menganiaya sesama sendiri dengan mengambil kesempatan menawarkan pakej haji palsu untuk mengaut keuntungan.
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah agar kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meningkatkan hasil pendapatan negeri.
Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan manifesto bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Ahmad Zahid bakal mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka, bagi memperkukuhkan hubungan dua hala.
Menerusi keputusan rasmi dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Akmal memperoleh 587 undi manakala Mohamad Taufiq memperoleh 709 undi.
Malaysia Aviation Group (MAG) sedang meninjau kemungkinan mempercepatkan garis masa pemerolehan pesawat Boeing pesanannya selepas slot itu dilepaskan oleh syarikat penerbangan China susulan perang perdagangan AS-China.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


