Kementerian Pendidikan digesa agar mengambil langkah lebih proaktif untuk menjadikan karya-karya sasterawan negara sebagai buku teks di semua peringkat sekolah.
Sasterawan Negara Datuk Seri A.Samad Said berkata banyak karya-karya yang bagus dihasilkan sasterawan negara dan ia wajar dijadikan teks dalam silibus pembelajaran sekarang.
"Kita harus bimbing mereka ini melalui karya yang bagus untuk menceritakan tentang dunia sekarang secara realiti agar pelajar ini berada di tempat yang betul," katanya kepada pemberita selepas Program Pembicaraan Kalam Karyawan Siri 2 di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini, hari ini.
Samad yang merupakan Sasterawan Negara ke-4 berkata, tidak cukup dengan hanya dua buah hasil sasterawan termasuk dirinya dicetak untuk diperkenalkan kepada generasi sekarang.
"Dah banyak usaha dilakukan dan diperkatakan namun kesudahannya, sastera tidak dipandang termasuklah oleh Kementerian Pendidikan. Sasterawan dijulang tetapi buku hasil karyanya tidak dibeli atau digunakan di sekolah. Ini satu suasana yang aneh" katanya.
"Tidak ketinggalan, ada sasterawan terpaksa mencetak sendiri hasil karya mereka untuk dijual di samping hidup pada musim-musim tertentu sahaja seperti bulan bahasa dan selepas itu hanya tinggal nama," tambahnya.
Sementara itu, Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Datuk Nafisah Ahmad berkata program perpustakaan bergerak adalah antara inisiatif yang diambil PNM untuk mendedahkan masyarakat kepada karya sasterwan negara.
"Kita ada koleksi yang bukan saja dihasilkan sasterawan negara tetapi juga buku-buku yang dibaca mereka untuk dijadikan panduan orang ramai mengenali karya dan corak pemikiran sasterawan ini. Jadi, kita bawa koleksi ini ke semua kawasan termasuk di luar bandar melalui perpustakaan bergerak dan perpustakaan desa agar mereka dapat membaca dan menghargai karya-karya unik ini," katanya.
Menurutnya PNM juga dalam usaha mendigitalkan karya-karya sasterawan ini termasuk mencari mekanisme terbaik untuk menghasilkan dan menyampaikannya kepada pembaca.
"Selain terikat dengan kos, kita juga perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis kerana ia melibatkan hak cipta dan pembayaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 01 2018
![Banyak karya sasterawan wajar dijadikan buku teks - A. Samad Said Banyak karya sasterawan wajar dijadikan buku teks - A. Samad Said](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81532675148_ASAMADSAID.jpg)
SAMAD: Kita harus bimbing mereka ini melalui karya yang bagus.
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
China sedia jalin hubungan dengan negara kepulauan pasifik
China bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan negara-negara Kepulauan Pasifik termasuk Cook Island.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
Pendengaran permohonan batal tahan Suk Yeol minggu depan
Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin.
Afrika Selatan persoal keputusan Trump henti bantuan kewangan
Kementerian Luar Afrika Selatan mengecam perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump, yang menghentikan bantuan kewangan ke negara itu.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Rasuah: Netanyahu sekali lagi hadir ke mahkamah
Netanyahu adalah pemimpin Israel pertama yang dihadapkan ke mahkamah sebagai defendan jenayah.
Busuk bau mayat reput, Penjara Muzenze di Congo dibersihkan
Memetik rakaman Reuters, ICRC turut dilihat melakukan proses pembersihan serta disinfeksi bagi mengelak berlakunya penularan wabak.
ASEAN punya potensi, Turkiye mahu main peranan lebih luas
Turkiye melihat faktor keaktifan ASEAN dalam geopolitik antarabangsa, selain turut mempunyai potensi pasaran lebih besar.
Hubungan erat Malaysia- Turki mampu buka peluang di peringkat global
Penasihat khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, ini kerana kedua-dua negara itu mempunyai lokasi strategik yang menjadi penghubung penting antara ASEAN dan Eropah.
Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin telah berkenan mengurniakan anugerah tertinggi Universiti Malaya (UM), Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
![Faridah Merican, A. Samad Said antara tujuh pemenang Anugerah Merdeka 2024 Faridah Merican, A. Samad Said antara tujuh pemenang Anugerah Merdeka 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724927443_tbMerdekaAward.jpg)
Faridah Merican, A. Samad Said antara tujuh pemenang Anugerah Merdeka 2024
Tujuh individu terbilang diangkat sebagai penerima pengiktirafan berprestij Anugerah Merdeka 2024 atas sumbangan luar biasa kepada negara serta peranan mereka dalam memupuk budaya keunggulan Malaysia.
![Nilai sentimental Lantai T Pinkie buat Siti Rohayah Nilai sentimental Lantai T Pinkie buat Siti Rohayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695704674_teater.jpg)
Nilai sentimental Lantai T Pinkie buat Siti Rohayah
Kisah perempuan joget karya Sasterawan Negara, A Samad Said kembali ke pentas teater selepas 17 tahun.
![KLWBC 2020 dan monomania ala Adlin Aman Ramli KLWBC 2020 dan monomania ala Adlin Aman Ramli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81583685167_TBAdlinAmanRamlie.jpg)
KLWBC 2020 dan monomania ala Adlin Aman Ramli
Idea menjelmakan semula watak Abdul Fakar si petualang dalam novel Salina karya A Samad Said satu imaginasi kreatif yang sangat menarik.
![KLWBC 2020: Vokalis King Rangers Ikon Membaca KLWBC 2020 KLWBC 2020: Vokalis King Rangers Ikon Membaca KLWBC 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/41580702361_ASamadSaid.jpg)
KLWBC 2020: Vokalis King Rangers Ikon Membaca KLWBC 2020
Pak Samad melahirkan banyak karya hebat dalam genre novel, puisi dan drama pentas. Profilnya sebagai sasterawan terlalu panjang kalau mahu dihuraikan.
![A Samad Said 'jentik' pemimpin bersifat 'sasterawang' A Samad Said 'jentik' pemimpin bersifat 'sasterawang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81532675148_ASAMADSAID.jpg)
A Samad Said 'jentik' pemimpin bersifat 'sasterawang'
Hati-hati dengan kewujudan 'sasterawang', pemimpin yang menutup mulut apabila selesa dengan wang ringgit, itu amaran yang dilontarkan Sasterawan Negara Datuk Seri Dr A. Samad Said
![Novel Salina edisi khas sempena ulang tahun ke-60 bakal dipasarkan Novel Salina edisi khas sempena ulang tahun ke-60 bakal dipasarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71568196945_TBSALINA.jpg)
Novel Salina edisi khas sempena ulang tahun ke-60 bakal dipasarkan
Menurut Helmy Samad, beliau telah lama berhasrat untuk menerbitkan novel Salina edisi khas sempena 60 tahun penghasilannya.
![A Samad Said layak untuk Anugerah Nobel - Johan Jaaffar A Samad Said layak untuk Anugerah Nobel - Johan Jaaffar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81438870765_JOHANJAAFFAR.jpg)
A Samad Said layak untuk Anugerah Nobel - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar berpendapat pihak berwajib sepatutnya berusaha membawa karya-karya sasterawan negara ke tahap yang lebih tinggi hingga layak untuk dicalonkan sebagai pemenang Anugerah Nobel.
![Erti Merdeka di mata seniman Erti Merdeka di mata seniman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41566779875_dakibukit.jpg)
Erti Merdeka di mata seniman
Sasterawan Negara, Datuk Seri A.Samad Said berpendapat masih ramai yang meraikan ia sekadar merayakan tanpa cuba memahami ertinya.
![Tun M deklamasi puisi sempena kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tun M deklamasi puisi sempena kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71566918988_Mahathir.jpg)
Tun M deklamasi puisi sempena kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
Bukan sekadar memimpin negara, malah Tun Dr Mahathir Mahathir berkebolehan mendeklamasikan puisi.
!['Buku sekarang mahal' - A. Samad Said 'Buku sekarang mahal' - A. Samad Said](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81532675148_ASAMADSAID.jpg)
'Buku sekarang mahal' - A. Samad Said
Katanya, bantuan itu boleh digunakan para sasterawan untuk membeli bahan bacaan dan terus menyuburkan sumbangan mereka kepada negara.