Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat bayaran berjuta ringgit bagi penyenggaraan helikopter yang tidak aktif, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2019 yang dikeluarkan hari ini.
Laporan itu menyebut, bahawa Klausa 15.2 di dalam kontrak perkhidmatan penyenggaraan menyatakan, yang selepas enam bulan helikopter tidak aktif, bayaran tetap bulanan penyenggaraan helikopter yang dikenakan untuk satu helikopter, akan dikurangkan sebanyak 25 peratus.
“Bayaran tetap bulanan penyenggaraan helikopter adalah sejumlah RM38,500 dan selepas pengurangan adalah sejumlah RM28,875.
“Ia mengulas bahawa lawatan Audit yang dijalankan pada bulan September 2019 di Pusat Gerakan Udara (PGU) Subang mendapati, sebuah daripada empat buah helikopter yang tidak aktif melebihi enam bulan, tidak dikurangkan bayaran tetap bulanan sebanyak 25 peratus,” kata laporan itu.
Menurut laporan itu, helikopter berpendaftaran 9M-PHJ tidak aktif sejak kemalangan semasa pendaratan pada 13 Mac 2018, dan tempoh masa tidak aktif bagi helikopter berkenaan sehingga bulan Ogos 2019 adalah selama 17 bulan.
“Bagaimanapun, bayaran tetap bulanan helikopter masih dikenakan pada kadar RM38,500 sebulan, selepas tempoh enam bulan dari tarikh helikopter berkenaan tidak aktif,” menurut laporan itu.
“Mengikut pengiraan Audit, sejumlah RM105,875 telah terlebih bayar bagi bayaran tetap bulanan helikopter berkenaan bagi tempoh 11 bulan iaitu dari Oktober 2018 hingga September 2019 (setelah ditolak tempoh enam bulan sebelum pengurangan 25 peratus bayaran tetap bulanan helikopter),” katanya.
Menurut laporan itu juga, siasatan lanjut mendapati bayaran berjumlah RM3.47 juta telah dibuat bagi penyenggaraan dua buah helikopter, yang tidak aktif melebihi tiga tahun daripada tahun 2017 hingga 2019.
“Pihak Audit mendapati perkara ini berlaku kerana syarat kontrak hanya membenarkan potongan harga diberikan maksimum terhadap tiga buah helikopter pada satu masa. Ini menyebabkan pembaziran sejumlah RM3.47 juta,” kata LKAN.
Dalam pernyataan audit segmen maklumbalas PDRM 17 Jun lepas, ia memaklumkan bahawa kontrak perkhidmatan penyenggaraan sepatutnya tidak mengehadkan bilangan maksimum helikopter yang boleh diberi pengurangan bayaran penyenggaraaan pada satu masa kerana kerosakan berlaku di luar jangkaan.
Oleh itu, Audit mengesyorkan pihak PDRM memastikan pegawai penyedia, penyemak dan pengesah membuat semakan dengan teliti mengikut syarat kontrak sebelum bayaran dibuat bagi mengelakkan pembayaran tidak wajar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 24 2020
![Berjuta ringgit dibayar untuk penyenggaraan helikopter PDRM tidak aktif - LKAN Berjuta ringgit dibayar untuk penyenggaraan helikopter PDRM tidak aktif - LKAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/61598272967_helikopterPDRM.jpg)
Siasatan lanjut mendapati bayaran berjumlah RM3.47 juta telah dibuat bagi penyenggaraan dua buah helikopter yang tidak aktif melebihi tiga tahun. -Gambar hiasan
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738817318_TBHELICRASH.jpg)
Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan
TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.
![Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737013589_KhaledNordin.jpg)
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
![Reagan National Airport kekal ditutup susulan operasi mencari mangsa nahas udara Reagan National Airport kekal ditutup susulan operasi mencari mangsa nahas udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738252891_TBamericanairlines.jpg)
Reagan National Airport kekal ditutup susulan operasi mencari mangsa nahas udara
Penutupan itu hanya melibatkan Reagan National Airport, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di ibu negara Amerika Syarikat itu beroperasi seperti biasa.
![Jet bertembung helikopter berhampiran Lapangan Terbang Reagan Washington Jet bertembung helikopter berhampiran Lapangan Terbang Reagan Washington](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738207644_tbReaganNationalAi.jpg)
Jet bertembung helikopter berhampiran Lapangan Terbang Reagan Washington
Sebuah jet PSA Airlines bertembung di udara dengan helikopter Sikorsky H-60 pada Rabu.
![[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia [KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735485071_helimindef.jpg)
[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia
Inisiatif pajakan aset secara penswastaan atau lease-to-own bagi perolehan 28 buah helikopter oleh kerajaan Malaysia mencerminkan langkah inovatif.
![Sistem pajakan helikopter lebih telus, elak beban kewangan negara - Anwar Sistem pajakan helikopter lebih telus, elak beban kewangan negara - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732768294_TBAnwarIbrahim.jpg)
Sistem pajakan helikopter lebih telus, elak beban kewangan negara - Anwar
Kaedah itu membolehkan kerajaan membuat penjimatan dari segi keperluan penyelenggaraan dan kerosakan yang menjadi masalah besar ketika ini.
![Taufan Kristine: TUDM terbangkan bekalan khemah ke kawasan bencana di Bicol Taufan Kristine: TUDM terbangkan bekalan khemah ke kawasan bencana di Bicol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730123426_tudmbicol.jpg)
Taufan Kristine: TUDM terbangkan bekalan khemah ke kawasan bencana di Bicol
Misi itu membabitkan penerbangan membawa 1.3 tan kanvas tarpal untuk khemah sementara ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol.
![Hadapi banjir: Bomba Kelantan mohon helikopter Hadapi banjir: Bomba Kelantan mohon helikopter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648457471_TBZAINALBOMBA.jpg)
Hadapi banjir: Bomba Kelantan mohon helikopter
Langkah itu wajar memandangkan Kelantan antara negeri yang lazimnya mengalami banjir lebih teruk berbanding negeri lain.
![Helikopter bawa 22 orang hilang di Semenanjung Kamchatka, Rusia Helikopter bawa 22 orang hilang di Semenanjung Kamchatka, Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51725119081_TBRUSIA.jpg)
Helikopter bawa 22 orang hilang di Semenanjung Kamchatka, Rusia
Mereka yang menaiki helikopter itu terdiri daripada 19 pelancong dan tiga kru pesawat itu.
![Pesawat M81-11 TDM lakukan pendaratan cemas, anak kapal cedera Pesawat M81-11 TDM lakukan pendaratan cemas, anak kapal cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719612925_Jata.jpg)
Pesawat M81-11 TDM lakukan pendaratan cemas, anak kapal cedera
Insiden melibatkan tiga anak kapal yang terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang krew kuatermaster.