Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar mengingatkan 1.6 juta penjawat awam seluruh negara negara supaya meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan dalam melaksanakan tugas masing-masing.
Beliau berkata penjawat awam juga harus sentiasa berusaha memperbaiki perkhidmatan mereka untuk memenuhi permintaan rakyat.
"Sebagai penjawat awam, anda mesti berkhidmat kepada rakyat, dan bukan melayan kehendak ahli politik. Gaji anda dibayar oleh rakyat, oleh pembayar cukai. Oleh itu, anda mesti berkhidmat kepada mereka," katanya sebelum hadir sebagai tetamu program 'Suara Harapan' di Bernama Radio pada Selasa.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering menyebut tentang beberapa pegawai kerajaan yang enggan bekerjasama dengan kerajaan baharu Pakatan Harapan dan sering mensabotaj dasar kerajaan.
Ismail berkata mereka yang tidak dapat berkhidmat secara profesional dan tidak menunjukkan komitmen terhadap kerja mereka kepada kerajaan baharu harus meletakkan jawatan.
Ismail, yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara pada 29 Ogos lalu, berkata proses "pembersihan" dalam sektor awam daripada gejala rasuah dan amalan tidak berintegriti akan terus dijalankan termasuk tindakan membuang kerja mereka yang disabit kesalahan.
Justeru, katanya, amalan dan budaya kerja yang mencerminkan slogan 'Bersih, Cekap dan Amanah' akan terus disemai serta dijadikan pegangan dalam kalangan penjawat awam, selaras dengan matlamat kerajaan baharu yang memberi penekanan kepada tadbir urus baik dan integriti.
Dalam program 45 minit itu, Ismail berkata penjawat awam harus berani menyatakan pandangan dengan sihat jika berdepan dengan situasi sesuatu perkara yang bakal dilaksana melanggar peraturan.
"Jangan kita terima bulat-bulat. Ini yang menyebabkan penjawat awam terperangkap di kemudian hari disebabkan arahan yang melanggar peraturan," kata Ismail.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 18 2018
Ismail ketika sidang media sebelum ditemu bual Bernama Radio di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, 18 Dis, 2018. --fotoBERNAMA
Zelensky gesa AS, Eropah bersama Ukraine dalam rundingan damai dengan Rusia
Selepas Putin bersuara mengenai rundingan damai, kali ini giliran Zelensky pula berkongsi pandangan yang sama.
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Ahli politik, 'influencer' profesion paling tidak dipercayai di Malaysia - Ipsos
Ahli politik dan pempengaruh media sosial menjadi antara profesion yang paling kurang dipercayai dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ahli politik wajar lepas jawatan sebelum sertai GLC - Pakar
Langkah ini penting bagi memastikan ahli politik fokus kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undang yang baik.
Suara ahli politik 'berbisa' boleh gugat perpaduan jika bertindak melulu - Penganalisis
Profesor Datuk Sivamurugan Pandian berpendapat, pemimpin politik menjadi watak utama dalam memastikan negara kekal aman kerana suara mereka cukup berpengaruh.
Pemerdagangan manusia: Polis rekod keterangan Datuk Seri
Polis merakam individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik yang dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Sindiket pemerdagangan manusia: Polis rakam keterangan ahli politik, suami
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya sudah merakam keterangan seorang ahli politik dan suaminya yang didakwa berkait dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara
Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak
Kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan kuota antara ahli politik serta golongan profesional khususnya dalam pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), di Perak.
Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen
Anwar berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.
Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.