JOHOR BAHRU: Siapa menyangka 'Satay Wak Radol' yang mula dijual dengan hanya menggunakan pengandar pada sekitar tahun 70-an, kini telah berkembang sehingga 10 cawangan restoran di seluruh daerah ini.
Cawangan pertama restoran Satay Wak Radol yang merupakan antara penjual sate terkenal bagi penggemar makanan itu di negara ini, dibuka pada tahun 80-an di Jalan Denai Utama, Kempas, di sini, yang berada di bawah Parlimen Pulai.
Meskipun Wak Radol atau Suhardi Mian@Radol Kassim yang mempunyai 10 orang anak telah meninggal dunia pada 1996, akibat sakit tua ketika berusia 78 tahun, legasi perniagaannya diteruskan sehingga ke generasi keempat.
Seorang daripada cucunya Siti Nor Aishah Ahmad Kasiran, 49, yang menguruskan cawangan di Jalan Siantan 1, Taman Kemas, Kempas, di sini, berkata sate Wak Radol disukai ramai termasuk daripada Singapura dan Batam, Indonesia.
Beliau yang merupakan generasi ketiga berkata Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail juga pernah berkenan mencemar duli bersantap di restoran pertama datuknya itu pada sekitar tahun 80an.
Menurut Siti Nor Aishah antara keistimewaan sate itu ialah dibuat dengan menggunakan daging batang pinang.
"Selain menggunakan daging batang pinang, cara buat sate ini juga berbeza kerana tidak diperap, selepas daging ayam, kambing dan lembu dipotong, ia terus digaul dengan bahan rempah yang dikisar, selepas itu dicucuk dengan lidi dan dibakar atas arang kayu.
"Tiada ramuan rahsia, hanya ramuan biasa yang kebiasaannya digunakan orang lain juga untuk buat sate, termasuk dari segi pembuatan kuah kacang," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Katanya, restoran yang kini diuruskan beliau dibuka oleh bapanya yang juga anak sulung Wak Radol.
Beliau berkata dianggarkan sebanyak 3,000 cucuk sate terdiri daripada sate ayam, lembu, kambing dan babat terjual setiap hari, manakala hari minggu pula boleh mencecah sehingga 8,000 cucuk.
Meskipun terdapat kenaikan harga barang terutama gula dan minyak masak, beliau cuba untuk tidak menaikkan harga serta sentiasa mengutamakan kualiti dan kepuasan pelanggan.
"Kali terakhir saya terpaksa naikkan harga adalah pada tahun lepas, iaitu RM1.20 bagi sate ayam dan lembu serta RM1.50 bagi sate kambing dan babat, sebelum itu hanya 90 sen secucuk.
"Sebenarnya selepas pandemik COVID-19, walaupun ramai peniaga terkesan, rezeki mencurah-curah selepas itu, sebab ramai orang menyokong untuk merancakkan perniagaan orang tempatan. Jadi saya sentiasa percaya kepada rezeki yang Allah telah aturkan," kata ibu empat anak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2023

Sebanyak 3,000 cucuk sate terdiri daripada sate ayam, lembu, kambing dan babat terjual setiap hari, manakala hari minggu pula boleh mencecah sehingga 8,000 cucuk. - Gambar/ Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Cadangan membina sekolah konsep menegak
Cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membina sekolah dengan kapasiti sehingga 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya perlu penelitian aspek keselamatan dan kesesuaian.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, setakat ini sebuah sekolah paling tinggi adalah 10 tingkat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sentosa yang berada di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dilapor berkata, cadangan itu bagi memenuhi keperluan tanah terhad serta pertambahan penduduk di ibu negara.
Dr Shuhana Shamsudin, Presiden, Malaysian Urban Design Association (PEREKABANDAR)
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, setakat ini sebuah sekolah paling tinggi adalah 10 tingkat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sentosa yang berada di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dilapor berkata, cadangan itu bagi memenuhi keperluan tanah terhad serta pertambahan penduduk di ibu negara.
Dr Shuhana Shamsudin, Presiden, Malaysian Urban Design Association (PEREKABANDAR)
IYC2025: ANGKASA wakili Malaysia, komited jalin kerjasama
Abdul Fattah berkata beliau turut memberi penekanan kepada kepentingan membina rangkaian kerjasama koperasi serantau khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi yang semakin dinamik.
Kemajuan teknologi digital, AI perkukuh sektor agromakanan dan agrikomoditi
inovasi dalam bidang pertanian memberi impak besar kepada peningkatan hasil pertanian, keberkesanan pengurusan sumber dan kelestarian alam sekitar.

China sokong Malaysia sebagai pengerusi ASEAN - Jurucakap Kementerian Luar
China menyokong usaha Malaysia sebagai pengerusi bergilir ASEAN dan sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk meningkatkan kerjasama serantau.
Perdagangan: Malaysia catat pertumbuhan 3.1 peratus pada Januari
Eksport mengembang empat bulan berturut-turut, meningkat 0.3 peratus kepada RM122.79 bilion, manakala import naik 6.2 peratus kepada RM119.16 bilion.
Moratorium bagi sektor besi dan keluli dilanjutkan
MITI berkata pelanjutan ini merangkumi sektor huluan produk keluli panjang dan semakan kepada tempoh moratorum akan dibuat apabila pemain domestik sedia ada mencapai penggunaan kapasiti hampir 80 peratus.
Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia
Ini berikutan, daripada seluruh jumlah dagangan Malaysia dengan AS, 60 peratus adalah eksport elektrik dan elektronik Malaysia.
MAHB akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025
Dagangan saham MAHB telah digantung hari ini sebagai persediaan untuk penyahsenaraian berikutan selesainya tawaran konsortium Gateway Development Alliance (GDA) untuk menstruktur semula kepentingan dalam MAHB.
Kadar kesuburan rakyat Malaysia turun sejak 2013
Kadar kesuburan keseluruhan (TFR) di Malaysia menunjukkan penurunan sejak 2013.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

Bermula dengan pengandar, Satay Wak Rodol kini miliki 10 restoran
Siapa menyangka 'Satay Wak Radol' yang mula dijual dengan hanya menggunakan pengandar pada sekitar tahun 70-an, kini telah berkembang sehingga 10 cawangan restoran di seluruh daerah ini.