Wabak COVID-19 yang melanda negara memberi satu gambaran bahawa sudah bersediakah sektor perniagaan di Malaysia mengadaptasi era digital?
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, kerajaan menerusi beberapa kementerian dan agensi kini dalam usaha membantu setiap sektor yang terjejas untuk mencapai hasrat tersebut.
Malah ujarnya, pandemik COVID-19 bukan hanya satu krisis kesihatan yang melanda dunia, bahkan ia turut memberi indikasi bahawa setiap rakyat perlu mula mesra digital.
"Kita telah mengubah cara kita melakukan sesuatu, kita bekerja dari rumah menjadi kebiasaan ketika ini. Banyak juga urusan dilakukan secara dalam talian, itu menjadi penggerak utama bagi kerajaan untuk mempercepatkan pendigitalan.
"Di sebalik itu, banyak perkara yang perlu kita lakukan dalam mencapai agenda digital ini. Kita (kerajaan) kini sedang melakukan promosi e-perniagaan, memberi sokongan kepada gig ekonomi serta adaptasi digital bagi rakyat di kawasan pendalaman," katanya dalam ucap tama Forum NEC Roland Berger Live dengan tajuk ‘Mempercepat ID Digital bagi Membolehkan Ekonomi Digital dalam Norma Baharu’ baru baru ini.
Jelas Mustapa, di samping usaha itu beliau mengakui banyak cabaran terpaksa ditempuhi oleh kerajaan.
Katanya, ia termasuk memastikan setiap infrastruktur komunikasi, akses internet, platform digital serta kesedaran rakyat terutama di kawasan luar bandar agar mengambil bahagian dalam agenda ini secara langsung.
"Cabarannya ialah bagaimana kita dapat menterjemahkan agenda ini dari Putrajaya sehingga ke setiap kawasan di negara ini.
"Jadi, ini adalah antara beberapa pengajaran yang kita pelajari menuju ke masa depan. Sudah tentunya, kita bertekad untuk memastikan Malaysia memanfaatkan sepenuhnya landskap yang berubah ini," katanya lagi.
Tambah beliau kejayaan negara bergantung kepada sepantas mana setiap sektor perniagaan dan rakyat di negara ini dapat menyesuaikan diri dengan normal baharu itu.
Beliau berkata demikian dalam Forum yang dihoskan oleh NEC Corporation.
Turut serta dalam forum itu ialah Pengarah Urusan NEC Malaysia Chong Kai Wooi, Ketua NEC Consulting Walter Lee, Ketua Pegawai Strategi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia Datuk Fadzli Shah Anuar serta Ketua Penyelidik dan Felo Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Dr Shankaran Nambiar.
Fareez Azman
Tue Jun 16 2020
Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam Forum NEC Roland Berger Live berharap setiap sektor dan rakyat dapat bersedia adaptasi digital. - Gambar fail/BERNAMA
5 fakta penting perjanjian gencatan senjata Gaza-Israel
Berikut adalah lima fakta utama tentang perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Bersediakah Malaysia adaptasi ke arah digital?
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, kerajaan menerusi beberapa kementerian dan agensi kini dalam usaha membantu setiap sektor yang terjejas