KUALA LUMPUR: National Feedlot Corporation (NFC) akan memanggil empat lagi saksi dalam perbicaraan kes saman Kerajaan Malaysia terhadapnya yang menuntut syarikat itu membayar balik pinjaman dan faedah berjumlah RM253.6 juta berhubung projek Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.
Peguam Chong Kah Yee, yang mewakili NFC, ketika dihubungi berkata saksi defendan iaitu pakar juruaudit Andrew Heng telah selesai memberi keterangan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Anand Ponnudurai pada 17 Mac lepas.
"Pada prosiding pengurusan kes secara dalam talian (e-Review) hari ini, mahkamah menetapkan 24 hingga 28 Jan tahun depan untuk menyambung perbicaraan dan pihak kami akan mengemukakan empat lagi saksi untuk memberi keterangan," katanya.
Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili kerajaan, pula berkata perbicaraan kes itu bermula 13 Jan tahun lepas dan pihak plaintif telah menutup kesnya pada 17 Mac setelah memanggil tujuh saksi.
Syarikat NFC diuruskan oleh suami serta tiga anak bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Dalam tuntutannya, kerajaan menamakan NFC, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah sebagai defendan pertama hingga kelima.
Kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan NFC pada 6 Dis, 2007 bagi pinjaman berjumlah RM250 juta, sebahagian daripadanya digunakan untuk membiayai penubuhan dan operasi Pusat Fidlot Nasional, selaras dengan dasar untuk membangun serta meningkatkan pengeluaran daging lembu dan produk daging lembu.
Pinjaman itu disalurkan oleh kerajaan kepada NFC dalam tiga peringkat dan keluarga Mohamad Salleh membuat 10 pengeluaran berjumlah RM180.51 juta dari 24 Jan 2008 hingga 3 Jan 2011.
Daripada RM180.51 juta yang dikeluarkan, hanya RM8.32 juta dibayar secara terus kepada pihak ketiga untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Nasional manakala baki dana yang dikeluarkan telah dipindahkan ke akaun NFC yang lain dan sejumlah RM118.04 juta daripada baki itu didakwa telah disalahgunakan.
Keluarga Mohamad Salleh juga didakwa menggunakan dana yang dipinjam daripada kerajaan itu untuk membayar sewa bulanan RM28,000 bagi satu lot pejabat di Solaris Mont Kiara dan membeli dua bidang tanah di Putrajaya, membuat bayaran kepada dua firma guaman serta membeli sebuah rumah kedai empat tingkat di Solaris Mont Kiara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 21 2021

National Feedlot Corporation (NFC) akan memanggil empat lagi saksi dalam perbicaraan kes saman Kerajaan Malaysia terhadapnya. - Gambar fail

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

Bicara kes saman kerajaan Malaysia terhadap NFC bersambung 24 Jan 2022
National Feedlot Corporation (NFC) akan memanggil empat lagi saksi dalam perbicaraan kes saman Kerajaan Malaysia terhadapnya.

Bicara kes pengubahan wang, elak cukai Rosmah Mansor bermula November
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

AGC tolak representasi kali ketiga Ahmad Maslan gugur tuduhan gagal isytihar LHDN
Ini berikutan Jabatan Peguam Negara menolak permohonan representasi kali ketiga yang dikemukakan Ahmad berhubung kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya.

Bicara kes rogol ADUN Tronoh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membenarkan rayuan Paul Yong selaku perayu selain berpuas hati rayuannya mempunyai merit.

Pendakwaan tidak terus kes, Ku Nan dilepas tanpa dibebas tuduhan rasuah RM1 juta
Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memaklumkan bahawa pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes terhadap Tengku Adnan.

Komfit cadang wujudkan sinema komuniti
Inisiatif sinema komuniti komfit akan dimulakan di Pulau Pinang sebelum ia dikembangkan di negero-negeri lain.

Hafarizam hantar representasi kali kedua timbang semula pertuduhan
Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Mohd Hafarizam semasa sebutan kes tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini.

Zahid tidak serah dokumen AGM, laporan audit untuk kemas kini - Saksi
Mahinder berkata, beliau tidak boleh mengemas kini dokumen Yayasan Akalbudi kerana beliau tidak diserahkan dokumen-dokumen yang lengkap.

Perbicaraan kes rasuah libatkan Lim Guan Eng, 60 saksi akan dipanggil tahun depan
Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Hadhariah Syed Ismail memaklumkan perbicaraan dijangka selama lima bulan.

Perbicaraan kes Oscar Pistorius tangguh Selasa depan
Mahkamah Majistret Pretoria, Afrika Selatan menangguhkan sehingga Selasa depan bagi mendengar perbicaraan ikat jamin bintang palimpik, Oscar Pistorius.