IPOH: Satu kebakaran kecil berlaku di bilik penyimpanan peluru kapal KD Laksamana Muhammad Amin Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang dalam pembaikan di Kilang Gred One, Kampung Acheh dekat Sitiawan hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada 10.03 pagi.
Beliau berkata pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan digegaskan ke lokasi dengan dibantu pasukan BBP Manjung.
"Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran 200 kaki (60.96 meter) dan dua pancutan air.
"Kebakaran melibatkan sebuah kapal TLDM dalam anggaran 50 meter x 10 meter yang sedang dalam pembaikan di bahagian bilik penyimpanan peluru namun tiada peluru di bilik itu, ia terbakar kira-kira 10 peratus," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pasukan bomba sedang membuat tindakan pengalihan udara dan operasi pemadaman masih diteruskan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 09 2023

Kebakaran melibatkan ruang kapal dalam anggaran 50 meter x 10 meter yang sedang dalam pembaikan di bahagian bilik penyimpanan peluru. -Gambar hiasan

Jangan mudah kongsi, sebar video kanak-kanak mangsa cabul - Nancy
Nancy berkata kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa itu dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan perbuatan menyebar serta berkongsi video berkenaan adalah tidak wajar.

Kajian sahkan beras putih tempatan dicampur dalam beras import
Sekitar 40 hingga 50 peratus beras import daripada 5,000 sampel yang dianalisis disahkan bercampur dengan beras putih tempatan (BPT).

Kehilangan Hud Aryan tiada unsur jenayah - Polis
Pencarian diteruskan dengan bantuan dua ekor anjing pengesan K9, melibatkan kawasan seluas tiga kilometer di sungai dan darat.

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra mampu tampung 4 juta penumpang setahun
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa yang sedang dinaik taraf mampu menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setiap tahun apabila siap kelak.
AWANI Ringkas: Keselamatan produk berkaitan bayi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Framework kini memasuki arena komputer desktop
Framework Desktop mempunyai panel hadapan yang boleh diperibadikan dengan jubin plastik pelbagai warna.
Jerman, Turkiye diterima jadi negara pemerhati untuk ADMM 2024-2027
Mesyuarat Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) hari ini mencapai kata sepakat untuk menerima Jerman dan Turkiye sebagai pemerhati untuk tempoh 2024 hingga 2027.

'Guarantee letter': Perbezaan caj rawatan di hospital swasta perlu kajian terperinci - Timbalan menteri
Kajian terperinci perlu dijalankan bagi memahami dengan lebih lanjut isu perbezaan caj rawatan hospital swasta antara pesakit yang menggunakan 'guarantee letter' dan mereka yang membayar tunai.
“Terlalu banyak perisa sampai BP pun naik” - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berpesan agar editor media berpada-pada memilih tajuk utama untuk menyampaikan berita.
“Kena berhati-hati, cari titik keseimbangan antara umpan klik dan juga menyampaikan berita”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kena berhati-hati, cari titik keseimbangan antara umpan klik dan juga menyampaikan berita”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Nahas penuntut UiTM Dungun: Bicara kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
Hakim membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya untuk memindahkan kes Norizan Ismail yang didakwa mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan.

Bilik penyimpanan peluru KD Laksamana Muhammad Amin terbakar
Pasukan bomba sedang membuat tindakan pengalihan udara dan operasi pemadaman masih diteruskan.