KUALA LUMPUR: Sebuah bilik sauna di Menara 3 Suria KLCC dilaporkan terbakar petang tadi.
Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Rozihafizam Othman, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan pada jam 5.21 petang berhubung kejadian tersebut.
Katanya, pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan jentera bantuan dari BBP Titiwangsa dengan kekuatan seramai 13 anggota bersama dua buah jentera FRT diarah ke lokasi kejadian.
"Setibanya pasukan bomba sampai di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran di dalam sebuah bilik sauna berukuran 7 x 12 kaki persegi yang berada di tingkat G Menara 3 Suria KLCC.
"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya sembilan minit kemudian. Kemusnahan kebakaran dianggarkan 80 peratus," katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.
Jelas Mohd Rozihafizam, kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Terdahulu, tular di laman sosial dipercayai pekerja di Menara Petronas 3 KLCC diarah keluar dari bangunan.
Video berdurasi tujuh saat dikongsi di laman sosial Twitter memaparkan sekumpulan individu berada di luar menara berkenaan.
Salah seorang pengguna Twitter, House of Murraly turut mendakwa kebakaran dipercayai berlaku di salah sebuah kedai di pusat beli-belah Suria KLCC.
Katanya, akses untuk memasuki bangunan Suria KLCC ketika ini antaranya dibuka melalui Pintu Masuk Ampang.
Sementara itu, beberapa warganet lain mendakwa perkhidmatan lif di bangunan KLCC tidak berfungsi dipercayai akibat gangguan.
Astro Awani
Tue Aug 09 2022
Sebuah bilik sauna di Menara 3 Suria KLCC dilaporkan terbakar petang tadi. - Gambar Bomba Kuala Lumpur
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Bilik sauna di KLCC terbakar, tiada mangsa terlibat
Kebakaran berlaku di sebuah bilik sauna berukuran 7 x 12 kaki persegi yang berada di tingkat G Menara 3 Suria KLCC.