KUALA LUMPUR: Seramai 200 peguam bela, peguam cara dan peguam syarie pada Jumaat menyarankan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda, antaranya yang berkaitan bidang kuasa negeri menggubal undang-undang jenayah Islam.
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata ini berikutan kebimbangan pihaknya mengenai kemungkinan peruntukan Enakmen Jenayah Syariah Negeri-Negeri sedia ada dicabar selepas Mahkamah Persekutuan pada 25 Feb lepas memutuskan bahawa Seksyen 28 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memperuntukkan kesalahan dan hukuman berhubung seks luar tabii adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.
"Dengan keputusan itu, kami bimbang makin banyak lagi peruntukan Enakmen Jenayah Syariah Negeri-Negeri yang sedia ada bakal dicabar dan dibatalkan atas alasan sama yang akhirnya boleh melumpuhkan sistem jenayah Islam negeri-negeri seluruh Malaysia," menurutnya dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu dikeluarkan bersama dengan Pengerusi Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil dalam Proses Semakan Sejagat (MACSA) Lukman Sheriff Alias dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang.
Menurut kenyataan itu, dalam kes tersebut, Mahkamah Persekutuan secara ringkasnya memutuskan bahawa walaupun negeri mempunyai bidang kuasa yang luas untuk menggubal kesalahan undang-undang mengikut ajaran agama Islam, undang-undang ini tidak boleh menyentuh mana-mana perkara dalam 'Senarai Persekutuan' termasuk perkara dalam undang-undang jenayah.
"Ungkapan undang-undang jenayah di bawah Senarai Persekutuan mempunyai maksud yang luas. Akibatnya, ini bakal membatalkan banyak peruntukan jenayah syariah negeri jika dicabar kelak," katanya.
Kenyataan itu menyebut walaupun tidak wujud atau tiada apa-apa pertindihan dengan mana-mana undang-undang Persekutuan sedia ada, undang-undang jenayah syariah negeri tetap tidak sah jika menyentuh perkara dalam Senarai Persekutuan terutama yang membabitkan perkara dalam undang-undang jenayah.
"Apa-apa pindaan yang bakal dibuat dalam mana-mana peruntukan Enakmen Jenayah Syariah untuk mengatasi kes itu masih tetap tidak sah jika isi kandungannya menyentuh perkara undang-undang jenayah," menurut kenyataan itu.
Katanya kes itu membawa kepada ketidaktentuan bidang kuasa dan boleh menimbulkan keadaan yang menyaksikan tiada badan legislatif sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri boleh menggubal undang-undang yang menghalang umat Islam melakukan perkara haram dalam syariah.
"Oleh kerana kes ini menyentuh peruntukan perlembagaan maka pada kami, tiada penyelesaian yang sesuai wujud kecualilah Perlembagaan Persekutuan kita dipinda.
"Perlembagaan perlu dipinda sekurang-kurangnya kepada keadaan sebelum keputusan kes ini.
"Kami, dengan ini, bagi pihak 200 peguam bela dan peguam cara serta peguam syarie menyeru pihak eksekutif dan legislatif meminda Perlembagaan dengan segera," menurut kenyataan itu yang turut memaklumkan kesemua peguam telah menandatangani petisyen menggesa Perlembagaan dipinda susulan keputusan kes tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 19 2021

Seramai 200 peguam bela, peguam cara dan peguam syarie pada Jumaat menyarankan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda, antaranya yang berkaitan bidang kuasa negeri menggubal undang-undang jenayah Islam. -Gambar hiasan

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Bimbang enakmen jenayah syariah negeri dicabar, kerajaan disaran pinda Perlembagaan
Undang-undang jenayah syariah negeri tetap tidak sah jika menyentuh perkara dalam Senarai Persekutuan terutama yang membabitkan perkara dalam undang-undang jenayah.